Advertisement

KELIP-KELIP DI SUNGAI CHERATING ~ HARI PERTAMA FAMILY DAY KBBA9 DI LEGEND CHERATING


Hai... I'm back!

Aktiviti pertama dimulakan dengan melihat kelip-kelip di Sungai Cherating. Pihak resort sudah menyediakan bas untuk kami bergerak pergi dan balik ke Kg. Budaya Cherating malam ni bagi aktiviti yang dinantikan, firefly tour.


KELIP-KELIP DISANGKA API, RUPA-RUPANYA ADA CERITA TERSENDIRI

Setibanya di sana, kami diberikan life jacket setiap seorang sebelum memasuki bilik taklimat. Kami disambut mesra oleh Encik Hafiz selaku founder Hafiz's Cherating Activities, yang kemudiannya memberikan taklimat berkenaan kelip-kelip. Barulah Moha tau pasal kelip-kelip ni. Selama ni tak ambil kisah pun. Ruginya..

Inilah Encik Hafiz

Maaflah tak dapat nak tunjuk suasana bersama kelip-kelip malam tu. Telefon dan segala gajet yang menghasilkan cahaya tidak dibenarkan sama sekali dihidupkan sepanjang perjalanan nanti kerana bimbang cahaya gajet akan mengganggu ketenangan dan rutin hidup kelip-kelip. Jadi korang tengok jelah aksi-aksi kitorang yang ceria ni..hihi





Selesai taklimat daripada Encik Hafiz, kami menaiki bot yang disediakan khas untuk aktiviti malam bagi meredah sepanjang Sungai Cherating untuk melihat keindahan ciptaan Allah - sang kelip-kelip.

Mungkin kita sangka dengan menggoyangkan pokok bakau tempat kelip-kelip berkumpul atau menyuluh lampu ke arah kelip-kelip boleh membuat kelip-kelip berterbangan cantik memenuhi ruang angkasa. Sebenarnya cara itulah punca yang menyebabkan kelip-kelip berpindah ke kawasan lain. Lama-kelamaan, tiada lagi kelip-kelip di kawasan tersebut kerana habitat mereka sudah terancam.

Memang benar seperti yang Encik Hafiz katakan dalam taklimat beliau. Kelip-kelip ni kita nampak dia berkelip sama je. Tapi jika diperhatikan betul-betul, sebenarnya kerlipannya berbeza antara satu sama lain dan mempunyai maksud tersendiri.

Antara tujuan utamanya berkelip adalah untuk memikat kelip-kelip yang berbeza jantina. Difahamkan cahaya yang lebih besar adalah kelip-kelip jantan. Manakala cahaya yang kecil, kelip-kelip betina. Satu lagi sebab utama ia berkelip adalah sebagai tanda menyampaikan amaran kepada kawanannya sekiranya terdapat ancaman bahaya.

Uniknya perjalanan melihat kelip-kelip di sini sebab kami dapat melihat sendiri bagaimana Encik Hafiz menarik perhatian kelip-kelip dengan menggunakan lampu khas dan gerakan isyarat tangan supaya datang ke arah kami. Sehinggakan ada kelip-kelip yang singgah ke tangan rakan-rakan blogger. Moha tak bertuah malam tu nak lihat kelip-kelip di tapak tangan sendiri. Tapi dapat lihat keindahan alam dengan kerlipan kelip-kelip tu pun dah rasa bahagia.

Namun begitu, teknik khas Encik Hafiz ini tidak berjaya diikuti oleh pekerjanya. Jika Encik Hafiz tidak ikut serta, bagaimana nak panggil kelip-kelip? Itulah yang menjadi kesukaran buat Encik Hafiz kerana ada ketikanya apabila beliau tidak sihat, beliau terpaksa juga "turun padang" kerana tidak mahu mengecewakan harapan setiap pengunjung yang datang ke tempat ini untuk melihat kelip-kelip.

Sungguh pengalaman kali ni memberi kesan yang mendalam dan juga ilmu yang bernilai. Kagum Moha dengan usaha gigih Encik Hafiz menjaga dan mengekalkan keujudan kelip-kelip di sini. Semoga ianya berterusan demi generasi akan datang dan ekosistem ekologi paya bakau di sini.

Ops..sebelum terlupa, korang boleh ikuti firefly tour ni melalui pakej yang ditawarkan oleh Resort Legend Cherating dengan bayaran RM70. Pengangkutan pergi balik akan diuruskan oleh pihak resort. Atau boleh juga hubungi nombor ni:
017-978 9256 / 017-940 6898.



Penutup acara malam ni, sampai saja di resort, kami berkumpul semula di Dewan Kenanga Legend Cherating untuk sessi briefing dari Encik Meor, Sales Director of Sales and Marketing, Legend Cherating Beach Resort tentang resort ini dan aktiviti yang turut dianjurkan di sini.

Diikuti sessi ta'aaruf sesama kami. Maklumlah ada antara kami yang baru sertai KBBA9 kan? Jadi inilah peluang mengenali lebih lagi sesama kami.


Nanti Moha sambung cerita aktiviti hari kedua yang tak kurang menariknya. Stay tune😊


Post a Comment

5 Comments

  1. Banyak info tentang kelip2 yg En Hafiz kongsikan mlm tu kan.. Sampai lenguh tangan Kak Ti rekod dia bg penerangan.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. Bestnya... mesti cantik kan kelip-kelip tu depan mata

    ReplyDelete
  3. Seronoknya korang dapat tengok kelip², sayangnya kita tak dapat join.

    ReplyDelete
  4. Bab ni paling teruja..teruja nak tgk kelip2.. teruja bila dengar en hafiz bagi taklimat.. sangat2 terkesan dengan ucapan beliau..

    ReplyDelete