Advertisement

Keropok Lekor 3 Bahan

Assalamualaikum.....

Siapa suka makan keropok lekor? Moha ni dari kecil sampailah dah ada anak 3 ni..memang tak pernah jemu dengan keropok lekor.

Masa awal-awal mengandungkan Amsyar, hanya 2 benda yang boleh tekak ni terima.

1. Air kelapa dengan ais
2. Keropok lekor

Bayangkan sepanjang tempoh morning sickness tu Moha bertahan dengan 2 benda ni je. Lapar memang lapar..tapi kalau itu je yang tekak ni boleh terima, apakan daya...betul tak? 

Nasib baik tekak tu tak teringin benda pelik2....apalah sangat kan setakat air kelapa dan keropok lekor?

Nak dijadikan cerita, teringin nak buat keropok lekor sendirilah pulak...nak makan panas2 yang dah siap rebus. Kat Semenyih dan Beranang ni mana nak cari???

Jadi gigihla siang ikan sardin, kisar, uli dan gentel...dah rebus tu dia punyalah tak sabar.....sebatang demi sebatang habis...huh...puas hati!! Moha kongsikan kat sini resepinya..mudah yang amat. 3 bahan je guna...tapi pastikan ikan tu betul2 segar ye...


Keropok Lekor Mohazsue

Bahan2:
1 kg ikan sardin
1 cawan tepung sagu
1 sk garam halus

Cara2:
1. Siang ikan dan bersihkan. Buang tulang dan kisar halus isinya.
2. Masukkan isi ilan yang telah dikisar ke dalam besen. Masa ni dah boleh panaskan air rebusan yang ditambah 1 sudu besar garam.
3. Masukkan tepung sagu dan garam. Gaul sebati. Uli hingga tidak melekat di besen. Sekiranya adunan agak lembek, boleh tambahkan tepung sagu lgi.
4. Taburkan tepung sagu atas permukaan rata. Ambil sekepal adunan, gelekkan menjadi panjang. Buat semua sekali cara yang sama hingga habis.
5. Rebuslah semua keropok yang dah siap dibentuk silinder memanjang td. Bila dah timbul ke permukaan air yandanya dah masakla tu. Boleh angkat dan tos.

Tips : Supaya keropok tahan lama, boeh lumurkan minyak masak bila keropok dah sejuk. Simpan dalam peti ais.

Post a Comment

0 Comments