Alhamdulillah...hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba..semangat betul Haziq dan Amar. Pagi-pagi dah bangun dan bersiap. Nak mandi kolam katanya..
Yeayy.... !! Kali ni Family Day KBBA9 2017 di Legend Cherating, Pahang.. wuhhuuuuu.. seronoknya..
Setakat ni, ini adalah kali kedua Moha sertai Family Day KBBA9 untuk tahun ni. Kali pertama di The Rhu Beach Resort. Boleh baca kisahnya kat sini.
"2 kali dalam tahun yang sama?" Ye betul!! Best kan? Inilah hasil berblog dan berada dalam komuniti KBBA9.
Kami berada kat sini 3 hari 2 malam. Acara yang telah diatur pula sangat menarik dan bukan hanya untuk blogger, tapi untuk keluarga blogger juga. Sesuailah nama pun hari keluarga kan? Hihi...
Aturcara program dah pun ada dan yang istimewanya setiap acara nanti kami akan ditemani oleh Encik Meor, Sales Director of Sales and Marketing, Legend Cherating Beach Resort.
Sebelum sambung cerita, Moha belanja gambar kolam ni satu. Cantik kan? Hero-hero Moha excited betul bila nampak kolam ni. Asyik tanya je bila boleh mandi kolam. Tak sabar betul..isk!!
Kami berada kat sini 3 hari 2 malam. Acara yang telah diatur pula sangat menarik dan bukan hanya untuk blogger, tapi untuk keluarga blogger juga. Sesuailah nama pun hari keluarga kan? Hihi...
Aturcara program dah pun ada dan yang istimewanya setiap acara nanti kami akan ditemani oleh Encik Meor, Sales Director of Sales and Marketing, Legend Cherating Beach Resort.
Aturcara yang telah disusun |
Encik Meor bersama Ben Ashaari |
Gambar ni Moha snap dari tingkap lobi. |
Legend Cherating...here we come!!
(sumber gambar dari www.legendresort.com.my) |
Pukul 3pm barulah kami ke resort dan ambil kunci di front desk. Moha dapat bilik Deluxe nombor 356. Di tingkat 3, bilik tepi sekali. Terpukau mata kami bila pintu bilik dibuka. Cantiknya bilik ni. Luas pun luas. Beranda menghadap pantai lagi (lupa pula nak snap gambar) puas hati sangat dapat bilik macam ni. Segalanya sempurna tanpa sebarang masalah.
Welcome fruits |
Siap letak beg, kami turun semula ke lobby resort. Di sana Moha jumpa beberapa rakan blogger yang dah sampai.
Lobby (sumber gambar dari www.legendresort.com.my) |
Selesai minum petang, anak-anak dah kalut nak mandi kolam. Walaupun penat memandu belum hilang, papanya layankan juga. Terima kasih bang. Nanti bawak kitorang jalan-jalan lagi ye. Hihihi...
Sementara diorang mandi, Moha jalan-jalan sekeliling resort. Bagusnya di sini kolam renang terletak berdekatan dengan pantai. Jadi kalau terasa nak mandi laut pula, boleh terus ke pantai. Tapi kalau nak mandi kolam semula, pastikan badan dibersihkan terlebih dulu di bawah shower yang telah disediakan berdekatan kolam. Bukan apa, tak naklah nanti air kolam bercampur pasir pantai pulak. Jaga keselesaan tetamu lain juga ok?
Dah puas diorang mandi, kami balik ke bilik, berehat sekejap kemudian bersiap untuk acara malam nanti.
Pukul 7.50pm, kami turun bagi menikmati makan malam yang telah disediakan. Perut pun memang tengah lapar. Belum pun sampai cafe, dah terhidu bau aroma hidangan. Sedapnya bau.. semua menu sedap-sedap belaka. Menepati citarasa kami semua.
Menu paling laris. Dah nak habis baru teringat nak ambil gambar..haha..khusyuk sangat makan tu jadinya!
Selesai makan, blogger berkumpul di lobby. Selepas ni, kami akan menaiki bas menuju ke Hafiz Firefly Tour pula. Kisah kelip-kelip ni korang bole baca kat sini.
11 Comments
Lajunya kak moha update entry, IQ tak sempat nak pikir idea lagi..hehe..
ReplyDeletePaling seronok dan best!
ReplyDeletePernah ke sini 6 tahun lepas masa hanimun, depan kolam tu banyak pokok teduh jer sekarang dah kena tebang la ni nampak cerah...meriahhh!
ReplyDeleteLynda pun baru buat teaser T_T
ReplyDeleteNak baca lagiiii
ReplyDeleteCepat update next entry Moha. Kami xsabar nak baca
ReplyDeleteBest kalau bercuti dan berehat di Legend Cherating Beach Resort ni. Next time nak pergi lagi.
ReplyDeleteFamily day KBBA9.. satu pengalaman manis yang akan sentiasa dikenang..
ReplyDeleteBestnye bercuti disini...
ReplyDeletebilik cantik kan...
ReplyDeleteSeronok dapat jumpa lagi kan Moha.. bestnya dapat bercuti bersama Kbba9 di Legend..moga kita akan berjumpa lagi..insyaallah..
ReplyDelete