DEMO BUAT KEROPOK
~KEROPOK CAP INTAN~
~KEROPOK CAP INTAN~
Selepas makan tengahari, team KBBA9 bersama keluarga masing-masing menaiki bas bertolak ke Kuala Kemaman. Ada juga yang memandu sendiri memandangkan bas penuh. Perhentian pertama kami di Kedai Keropok Cap Intan.
Di sana kami ditunjukkan demo cara-cara membuat keropok lekor. Kemudian kami diberi peluang membuat keropok lekor. Moha bagi peluang pada geng lain yang buat sebab Moha dah pernah buat sendiri keropok lekor ni. Arwah mak dan bak dulu pun ada buat perniagaan keropok lekor di Mersing dulu. Boleh baca resepi Moha kat sini.
Kak Tati, Kak Dila dan Bella tak lepaskan peluang mencuba bakat menggentel keropok. Keropok yang siap dibentuk terus direbus dan dijual kepada yang ingin membelinya. Moha beli juga sebab suka makan keropok lekor rebus yang masih panas. Kami juga dijamu keropok kering dan keropok lekor goreng beserta air minuman di sana. Selesai membeli-belah, kami ke destinasi seterusnya, Pasar Ikan Kuala Kemaman.
Geramnya Moha tengok ikan-ikan yang melambak depan mata. Semua segar-segar belaka. Harga murah pulak tu. Tapi disebabkan kesuntukkan masa, kami cuma cuci mata sajalah. Nak beli belum boleh lagi sebab takde tempat nak simpan. Esoklah sebelum balik singgah semula.
Destinasi terakhir di Kuala Kemaman, kami singgah di sini melihat pameran berkaitan penyu. Banyak maklumat yang menarik ada di sini. Sesuailah bawa anak-anak ke sini disamping mempelajari tentang penyu dan hidupan laut yang lain, mereka juga dapat tengok penyu hidup secara langsung yang ada di kolam di situ.
Di sana kami ditunjukkan demo cara-cara membuat keropok lekor. Kemudian kami diberi peluang membuat keropok lekor. Moha bagi peluang pada geng lain yang buat sebab Moha dah pernah buat sendiri keropok lekor ni. Arwah mak dan bak dulu pun ada buat perniagaan keropok lekor di Mersing dulu. Boleh baca resepi Moha kat sini.
PASAR IKAN KUALA KEMAMAN
Geramnya Moha tengok ikan-ikan yang melambak depan mata. Semua segar-segar belaka. Harga murah pulak tu. Tapi disebabkan kesuntukkan masa, kami cuma cuci mata sajalah. Nak beli belum boleh lagi sebab takde tempat nak simpan. Esoklah sebelum balik singgah semula.
PUSAT PENERANGAN DAN SANTUARI PENYU CHERATING, PAHANG
Di sini juga mereka menetaskan telur penyu dan menjaga anak penyu dengan baik sehinggalah tiba masa yang sesuai untuk dilepaskan ke laut.
Baby penyu yang akan dilepaskan nanti
Sebaik sahaja menurunkan ahli keluarga kami di resort, kami meneruskan perjalanan ke Sungai Cherating semula. Kalau semalam tengok kelip-kelip, harini tengok hutan paya bakau pulak. Khabarnya rakaman filem Munafik2 dibuat di sini.
2 Comments
mmg geram nengok ikan ikan segar lak tu
ReplyDeleteSeronok kan kita dapat buat aktiviti sama2 kat sana..
ReplyDelete