KOPI
Kopi atau nama saintifiknya
Coffea dari famili Rubiaceae, adalah sejenis pokok hutan tahan lasak yang berbunga
dan mengeluarkan buah pada sepanjang tahun.
Manakala biji buahnya pula digunakan bagi menghasilkan pelbagai jenis minuman dan produk berasaskan kopi yang mula mendapat permintaan yang tinggi.
Manakala biji buahnya pula digunakan bagi menghasilkan pelbagai jenis minuman dan produk berasaskan kopi yang mula mendapat permintaan yang tinggi.
Minuman yang terhasil dari biji
kopi panggang yang diproses ini mula menjadi kegemaran seluruh dunia sejak abad
kesembilan lagi. Hal ini kerana kandungan kafeinnya dikatakan mampu memberi
kesan peransang kepada manusia.
Kopi mula ditemui di tanah tinggi
Etiopia, dan merebak ke Mesir, Yemen dan akhirnya tersebar ke serata dunia.
Kini menjadi antara bahan eksport bernilai tinggi di dunia termasuk Amerika
Selatan, Caribbean dan Afrika.
Kopi dari Ethiopia adalah yang termahal dan terbaik dan rasanya lebih kuat dan keras. Kopi dari Brazil pula lebih masam. Manakala kopi dari Afrika, rasanya lebih rasa tanah dan kekacang.
Rasa kopi sebenarnya bergantung pada jenis tanah dan juga bentuk muka bumi dan climate.
THE KOPPI
Menurut pensyarah di UPM, kebun kopi The
Koppi merupakan satu-satunya kebun kopi organik terdapat di Malaysia yang
terletak di Sungkai, Perak. Lokasi kebun yang sangat cantik berdekatan dengan
Hotspring Sungai Klah yang bersih dan jernih.
Kopi Robusta - kiri, Kopi Liberica - kanan |
Robusta boleh dikenali melalui
kulitnya yang mempunyai belang kuning. Rasanya lebih pahit dan kandungan kafein
yang tinggi. Manakala kopi Liberica pula lebih lonjong dan tirus. Biji kopi
Liberica lebih besar namun apabila dipanggang, mengeluarkan bau yang wangi semerbak.
Percubaan rasa kopi setiap batch |
Selama 2 tahun Encik Gee membuat pelbagai
cara kajian dan mencubarasa sendiri setiap hasil kopi buatannya bagi
mendapatkan rasa kopi yang tepat dengan selera rakyat Malaysia walaupun beliau
sendiri alah pada kopi. Hasil kajian tersebut, maka terhasillah The Koppi. Kopi
rendah kafein dan tidak meninggalkan sebarang kesan alergi seperti migrain,
pening, mual, angin, sakit perut, menggigil dan sebagainya kepada orang yang
minum kopi ini.
PROSES THE KOPPI
Bermula dari penanaman anak benih
kopi yang perlu dijaga sehingga usia pokok mencecah umur 2 tahun. Apabila tiba
musim kopi berbuah iaitu sekitar 3 ke 4 tahun selepas ditanam, tempoh memetik buah kopi mengambil masa sehingga 1 jam bagi setiap pokok. Pokok kopi mampu
bertahan sehingga berusia 50 tahun.
Kebun kopi The Koppi mengamalkan perladangan sihat. Bebas penggunaan sebarang racun kimia dan baja kimia.
Kulit buah kopi yang dikopek, ditaburkan pada pangkal pokok kopi agar ia dikompos menjadi baja. Turut menggunakan baja cecair yang dicipta sendiri dari kacang soya, gula merah dan sejenis garam yang diperam selama minimum 2 minggu. Ia seperti Garbage Enzyme.
Peringkat awal pemprosesan kopi selepas
dipetik adalah secara tradisional yang diwarisi dari Opah beliau.
1. Fermentation
Buah kopi dipecahkan bagi mengeluarkan biji kopi. Kemudiannya biji kopi direndam (minimum 3 hari) ke dalam air. Air rendaman akan ditukar setiap hari sehinggalah air menjadi jernih iaitu tiada lagi isi kopi melekat pada tempurung biji kopi.
2. Jemur
Biji kopi yang telah bersih diletakkan dalam talam besi atau aluminium dan dijemur di bawah cahaya matahari sehingga tempurung biji kopi betul-betul kering. Biasanya memakan masa 4 hingga 7 hari jika cuaca terik. Jika hujan, 2 minggu diperlukan.
3. Tumbuk
Biji kopi yang telah kering ditumbuk bagi memecahkan tempurungnya. Tempurung biji kopi ini sangat keras dan tajam. Manakala biji kopi hijau pula liat. Tidak berubah struktur biji kopi hijau walau dibuat pebagai cara sekalipun.
4. Tapis
Tempurung yang telah pecah diasingkan dari biji kopi hijau dengan cara tapis. Cara ini lebih mudah dengan menggunakan bakul yang berlubang. Hanya biji kopi hijau yang berkualiti sahaja dipilih.
5. Sangai
Biji kopi digoreng dalam kuali besar tanpa minyak. Mesti sentiasa dikacau supaya biji kopi tidak hangus dan merosakkan rasa kopi. Sekiranya biji kopi didapati hangus walaupun dalam kuantiti yang sedikit, maka kesemua kopi tersebut terpaksa dibuang.
6. Tumbuk
Sebaik saja biji kopi siap disangai, proses tumbuk terus dilakukan bagi mengelakkan biji kopi menjadi liat.
7. Tapis
Biji kopi panggang yang telah ditumbuk akan diayak dan ditapis bagi mendapatkan serbuk kopi yang paling halus.

Kini, The Koppi telah mengubah
cara memproses kopi yang lebih sesuai bagi memenuhi permintaan tinggi semasa. Proses
memecahkan buah kopi tidak lagi dibuat secara manual dengan tangan sepenuhnya tetapi
menggunakan mesin khas iaitu mesin pulper.
Proses memanggang kopi juga ditukar
kepada cara yang lebih mudah dengan menggunakan mesin pemanggang/roaster kecil yang berkemampuan
memanggang 1kg biji kopi sehari. Roaster
ini mengenakan angin panas sahaja seperti hair
dryer kepada biji kopi. Kemudian biji kopi akan direhatkan di dalam balang
selama 3 hari bagi mengeluarkan minyak dan aroma yang lebih wangi. Proses ini
dinamakan Degasses.
Hujung tahun 2016, barulah The
Koppi dibuka jualan kepada umum. Ketika ini roaster
besar yang boleh memanggang sebanyak 10kg sehari digunakan bagi meningkatkan hasil
pengeluaran dan memenuhi permintaan pasaran.
Kini permintaan terhadap kopi
organik The Koppi semakin bertambah termasuk dari pelbagai restoran, cafe dan hotel.
Namun akibat kekangan beberapa faktor, The Koppi tidak mampu memenuhi kesemua
permintaan tersebut. Sehubungan itulah Encik Gee mengharapkan supaya lebih
ramai yang berminat dan belajar menjadi pengusaha kopi organik di Malaysia ini.
Biji kopi yang telah siap dipanggang |
KELEBIHAN KOPI ORGANIK THE KOPPI
Kopi organik keluaran The Koppi sememangnya 100% asli. Kopi dipetik segar satu-persatu dengan tangan dan diproses sendiri bukan OEM. Mempunyai rasa unik kopi sebenar kerana tiada sebarang bahan tambahan seperti marjerin, gula, garam, bijan, gandum, arang tempurung kelapa dan sebagainya di dalam kopi seperti kebanyakan kopi jenama lain yang terdapat di pasaran.
Kadar kafein juga rendah hasil proses farmenting dan panggang. Kualiti produk juga dijaga sebaik-baiknya agar menepati standard antarabangsa tetapi memenuhi citarasa tempatan.
Kadar kafein juga rendah hasil proses farmenting dan panggang. Kualiti produk juga dijaga sebaik-baiknya agar menepati standard antarabangsa tetapi memenuhi citarasa tempatan.
Selepas berpeluang merasai
sendiri kopi ini, jujur Moha katakan rasa kopi ini berbeza dari kopi lain yang
pernah Moha minum. Perbezaan paling ketara adalah dari segi kelikatan atau
kepekatan air kopi itu sendiri. Serbuk kopi jenama lain menghasilkan air kopi
yang agak pekat dan berwarna lebih hitam. Kadangkala terdapat lapisan minyak di
permukaan air dan aroma kopi yang sangat kuat. Tetapi tidak pada serbuk kopi ini.
Aroma The Koppi tidak terlalu
kuat tetapi baunya membuatkan Moha berasa segar. Air kopi yang terhasil juga
tidak pekat dan terlalu hitam namun mempunyai rasa kopi yang kuat dan unik. Serbuk
kopinya terlalu halus sehingga memerlukan tapis kain atau tapis kopi kertas jika
ingin mendapatkan kopi yang jernih.
Tidak memerlukan serbuk kopi yang banyak bagi menghasilkan bancuhan kopi yang kaw. Sedikit saja sudah mencukupi. Jadi The Koppi lebih jimat. Malah serbuk kopinya tidak mudah berketul.
Tidak memerlukan serbuk kopi yang banyak bagi menghasilkan bancuhan kopi yang kaw. Sedikit saja sudah mencukupi. Jadi The Koppi lebih jimat. Malah serbuk kopinya tidak mudah berketul.
Selamat dinikmati oleh sesiapa
juga kerana The Koppi bebas bahan kimia dari peringkat awal penanaman pokok
kopi lagi. Bagi wanita yang baru lepas bersalin tidak perlu khuatir jika
mahu minum kopi ini sewaktu dalam pantang kerana disamping tidak memudaratkan, ia juga dikatakan menjadi milk booster membantu menambah pengeluaran susu ibu buat bayi.
Slot DIY di TV Al-Hijrah |
Dikhabarkan tidak lama lagi The Koppi akan berada di The Canteen milik Chef Adu Amran, seorang Cef yang teliti dalam pemilihan setiap bahan masakan. Ini bermakna The Koppi menepati standard piawaian Chef Adu. Tahniah The Koppi. Semoga terus maju.
The Koppi boleh dibeli secara langsung dari Encik Gee. Harga bagi sepeket The Koppi ialah RM17/100gm tidak termasuk kos pos.
Sebarang info atau maklumat berkaitan The Koppi boleh didapati di laman sosial rasmi The Koppi seperti berikut:
Watsapp: www.wasap.my/60189235644
Sumber rujukan dan gambar : The Koppi
26 Comments
Terbaiklah The Koppi ni. 100% kopi asli keluaran bumiputera dan anak Malaysia
ReplyDeleteBetul tu..tak perlu risau status halal lagi kan
DeleteMmg koppi terbaekkkkk
ReplyDeleteYa betul..saya setuju😊
DeleteThe Koppi memang terbaik! rasa yang berbeza daripada kopi yang lain!
ReplyDeleteAda rasa unik 100% rasa kopi sebenar gabungan 2 jenis kopi lagi
DeleteSedap The Koppi ni , serious xtipu
ReplyDeleteMemang sedap. Lebih sedap bila ikut resepi The Koppi. Resepinya boleh tengok di fb The Koppi
DeleteKopi organik memang bagus..tengok warna air kopi tu pun boleh tahu rasa nya sedap
ReplyDeleteMula-mula macam tak percaya warna jernih tu boleh hasilkan rasa sesedap tu. Ingat, jangan letak lebih serbuk tu...nanti pahit
DeleteKopi paling terbaik masa kini. Memang best dapat secawan
ReplyDeleteDapat bercawan-cawan tentu lagi best😄
DeleteTeringin plak nak rasa the Koppi ni
ReplyDeleteBoleh terus order dengan En. Gee. Klik je link wasap tu😊
DeleteWah mmg terbaik laaa The Koppi.. kopi organik mmg best.. nanti nak.cuba juga laaa
ReplyDeleteCubalah. Dijamin puas hati😊
DeleteRasa nk try pulakk
ReplyDeleteCubalah lisa. Tak menyesal punyalah😊
DeleteRasa nak beli satu la, nak bagi kat abah yang suke minum kopi.
ReplyDeleteAbah mesti suka😊😊
DeleteOrang yang suka minum kopi cam saya confirm kena cuba ni...
ReplyDeleteMemang kena cuba.. kopi ni boleh buat mata segar jugak..boleh la stay up setelkan kerja
DeleteNampak mcm ada kelainan pada pembungkusan tu ya...kena sebut betul2....KOPPI
ReplyDeletemacam sedap je, macam best je hihihi
ReplyDeleteBestnya kopi proses sendiri, mesti sedap!
ReplyDeleteMEmang sedap kan kopi dari THE KOPPI ni..kak Ti memang dah jatuh cinta lah dengan THE KOPPI ni..
ReplyDelete