Assalamualaikum...
Kebelakangan ni kesihatan diri agak merundum. Kerap sakit kepala dan lesu tak bermaya. Silap diri sendiri juga sebab tak jaga. Memang Moha akui sejak akhir-akhir ni malas nak ambil suplimen dan paling malas minum air masak. Dia punya tahap malas tu boleh bagi 5 bintang! Huhuhu... tapi kalau orang hulur air manis, laju je teguk. Huish, padan muka dah sakit!
Sebenarnya bukan tak tahu kena banyak minum air setiap hari, tapi saja degil campur malas nak amalkan. Bila dah sakit, barulah nak menggelabah cari ubat pulak. Memang sengaja cari penyakit namanya ni.
2 hari lepas, dalam menahan sakit kepala tu tiba-tiba teringin pulak nak minum Coconut Shake. Amboi! Dalam tak sihat tu dia punya demand boleh tahan juga. Hahaha..
Kebetulan masa teman suami ke klinik (dia pun tak sihat juga), depan sikit ada gerai jual air kelapa. Ada beberapa jenis pilihan. ABC pun ada. Wah! Rambang mata juga tapi pilihan tetap yang satu tu lah. Coconut Shake.
Tengok abang tu prepare order Moha pun dah terliur. Banyak juga aiskrim dan isi kelapa dia letak dalam blender tu. Dalam hati memang tak sabar dah ni nak minum. Huh, mengalahkan orang mengandung pulak! Masa mengandung dulu takde macamni pun. Isk..isk..isk
Bila bekas minuman berisi Coconut Shake dah bertukar tangan, sepantas tu jugalah Si Amsyar tarik tangan mama dia. Akhirnya dia yang menjadi perasmi Coconut Shake idaman mamanya. Prihatin sungguh ko ni dik. Hai la anak...."batu belah..batu bertangkup..." huhu.. sedih!
Tengok muka mama kelat semacam, dia hulur jugalah air tu bagi mama dia merasa. Hihihi...Sedap oi. Patutlah dia buat air tu jadi hak milik dia terus. Takpelah. Yang penting dah merasa. Nak pergi beli yang lain memang tak lah. Nak menunggu giliran tu tak sanggup dah rasanya.
Penangan minum Coconut Shake tapi lepas tu seharian tak minum air masak, hasilnya batuk, batuk dan demam. Tahniah Moha. Akhirnya berjaya demam. Bukan salah Coconut Shake ea. Salah sendiri. Aparaaaa!
Moha ni sebolehnya nak elak dari sakit. Kalau sakit tak boleh nak buat kerja. Sedangkan tak sakit pun tak banyak kerja dapat siapkan, inikan pula dah sakit. Mana nak jaga si Amsyar lagi, nak jaga diri lagi, nak buat kerja rumah lagi. Oh, tidak! Wajib kena sihat ni. Jadi penyelesaiannya, semalam Moha teguk terus Jus Asam Kunyit Madu tu setengah botol dan kunyah 3 biji TF tri yang memang sentiasa ada stok kat rumah ni.
Cukuplah 2 hari batuk kong-kong macam nak pecah tekak. Tak sanggup dah. Sebelum satu rumah berjangkit, eloklah kita halau batuk tu pergi.
Alhamdulillah. Harini badan rasa tambah bertenaga. Tekak dah tak perit dan gatal macam semalam. Yang hebatnya demam dan batuk pun dah hilang. Leganya.. Eh, nak resepi Coconut Shake tak?
Nak buat Coconut Shake ni bukan susah pun. Tinggal rajin dengan tak je. Rajin tu wajib ada. Rajin cari bahan, rajin buat, rajin kemas. Setakat rajin minum je, baik pergi beli yang dah siap kat kedai macam Moha tu. Selesai masalah..haha..
Ok ni resepi Coconut Shake
Sesenduk isi kelapa muda
1/2 cawan air kelapa muda
1/4 cawan air ais krim soda
1 skop ais krim vanilla
2 sudu besar susu pekat
1 cawan ais
Masuk semua bahan ke dalam mesin pengisar. Kisar hingga dapat tekstur halus. Dah siap.
Tuang dalam gelas dan letak 1 skop aiskrim vanilla, tabur coklat rice atau jalurkan dengan sos coklat.
Minum masa cuaca tengah panas terik tu. Pergh.. macam tengah bersantai dekat tepi pantai Hawaii je dia punya perasaan. Hihihi
Selamat mencuba ye semua...
9 Comments
hamboi pakwe i..minum cocnut shake xigt mama dia dah..hihi
ReplyDeleteitulah...kemain lagi dia.. mujur dapat rasa juga
Deletesiap resipi coconut shake ni. ok, nak try!!
ReplyDeleteBuatla Izyan...mesti si kecik tu suka
DeleteTake care kak Moha :') semoga always sihat
ReplyDeleteinsyaAllah... Tq Qaseh...muaaah
Deletehahaha x sihat mnum air kelapa je la.. bukan coconut shake. hahaha. moga sntiasa sihat dgn amalan jus kunyit tu
ReplyDeletesedapnye coconut shake minum tgh2 panas kan
ReplyDeleteMemang mudah buat coconut shake sendiri, boleh buh banyak isi dan air kelapa, baru umphh!
ReplyDelete