Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Harini kami dijemput ke Jabatan Hab Halal JAKIM bagi mendengar taklimat dan penerangan mengenai isu viral Halal dan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu ini.
Alhamdulillah. Harini kami dijemput ke Jabatan Hab Halal JAKIM bagi mendengar taklimat dan penerangan mengenai isu viral Halal dan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu ini.
Seringkali berlaku penyebaran yang tidak tepat mengenai status HALAL sesuatu produk (terutama makanan) tanpa mendapatkan penjelasan yang lebih tepat dari pihak JAKIM sendiri.
Syukur sekarang ramai yang lebih prihatin dan menitikberatkan status HALAL produk-produk yang ada dipasaran sekarang. Namun yang tidak moleknya, pantang ada isu TIDAK HALAL sesuatu produk yang diketahui secara lisan atau secara kebetulan, ianya menjadi viral dengan begitu pantas sekali tanpa usul periksa terlebih dahulu. Perlu diingatkan, sesuatu itu tidak boleh dijatuhkan hukum HARAM melainkan jelas ciri-ciri keharamannya.
Akibatnya penularan sesuatu isu yang tidak benar, produk tersebut dipulaukan. Yang menanggung rugi siapa? Tentulah pengusaha atau pengeluar. Yang dapat untung siapa? Fikir-fikirkan..
Akibatnya penularan sesuatu isu yang tidak benar, produk tersebut dipulaukan. Yang menanggung rugi siapa? Tentulah pengusaha atau pengeluar. Yang dapat untung siapa? Fikir-fikirkan..
Mencari yang HALAL itu fardu bagi kita umat Islam. Maka itulah sebaiknya elakkan syubhah kerana dikhuatiri menjadi fitnah. Makna kata, kalau was-was, carilah kepastian. JANGAN terus sebar.
Sekarangkan semua maklumat ada di hujung jari. Malah pihak JAKIM sendiri ada menyediakan Laman Interaksi HALAL Bersama JAKIM di Facebook : HALAL HAB JAKIM.
Korang boleh terus berinteraksi dengan pegawai yang bertugas atau mendapatkan apa-apa sahaja maklumat yang ada dimasukkan dalam album gambar mereka.
Korang juga boleh menyemak sendiri status halal sesuatu produk di facebook pages ni atau di aplikasi SMART HALAL yang boleh didownload dari playstore.
Senangkan? Nak travel kemana-mana negara pun tak ragu-ragu dah dengan logo HALAL yang ada tu. Tinggal rujuk je kat situ. Lepas ni kalau dapat info viral, semak dulu ye.
PERMOHONAN SIJIL HALAL
Buat pengusaha produk terutama pengusaha produk IKS yang tercari-cari maklumat atau cara hendak mendapatkan sijil HALAL bagi produk mereka, boleh terus datang ke sini. Dapatkan penerangan yang lebih jelas. Pegawai yang bertugas akan membantu sebaik mungkin.
Proses kelulusan status HALAL memakan masa 15 ke 30 hari sahaja selepas bayaran dibuat sekiranya menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jumlah bayaran pula hanya RM200 untuk 2 tahun. Murah je kan? Datang ke JAKIM berdekatan untuk maklumat lanjut ye.
Ingat ye, semak sebelum viral.
13 Comments
ada apps tu mudah..takde ragu2
ReplyDeletemudah kan ada apps, baru tahu ada semalam
ReplyDeleteAda apps rupanya. Mudah lah
ReplyDeletesegalanya mudah sekarang, orang yang viral sesuka hati tu tanpa cek details sebenarnya kan?
ReplyDeletesenang dah sekarang lepas kita tau ada aplikasi smart halal ni. boleh direct je semak status sesuatu prduk
ReplyDeleteMudah dah sekarang dengan adanya Apps Smart Halal kannnn
ReplyDeleteHarap harap lepas ni,ramai la yang memohon sijil halal untuk produk mereka.
ReplyDeletecek guna apps dia je..mudah
ReplyDeleteAssalamualaikum, meriah sungguh kelab blogger ni ye. salam kenal dari newbie.
ReplyDeletebila ada info macam ni, usahawan bumiputra tak takut la nak apply sijil halal Jakim lepas ni.. baru tahu senang je sebenarnya nak dapatkan sijil halal
ReplyDeleteGood sharing
ReplyDeleteBestnya. banyak dapat ilmu.
ReplyDeleteSenangkan dah ada apps ni..nak semak cepat jer dapat jawapannya.
ReplyDelete