Assalamualaikum..
Awal-awal bulan haritu muka naik
jerawat pasir. Paling banyak kat area dahilah. Pori kat hidung pula agak besar
dek white & black head tu. Tangan pulak tak reti duduk diam. Asyik nak
kutis je jerawat tu. Geram tau! Kalau boleh masa raba kulit muka tu, taknaklah
ada rasa biji-biji jerawat ni. Nak kulit licin macam kulit baby je. Gitu haaa
ko... jaga muka pun malas, ada hati nak kulit lawa ye? Huhuhu...
Moha bila muka berjerawat ni pantang
pandang muka kat cermin lama-lama. Bahaya! Kalau degil juga, memang tambah
rosaklah kulit muka dikerjakan. Selagi tak habis semua kena picit, selagi tulah
tak berpaling dari cermin tu. Tolong ea jangan tiru! Kesian kulit muka kita. Habis
jadi kudis dan berparut.
Moha memang dah lama tak guna
sebarang produk skincare yang ada di pasaran. Sesekali bila rajin tu adalah
buat masker guna hampas tea ataupun campuran tomato dan susu tepung. Tapi bila
dah naik jerawat ni, terpaksalah cari “penawar” yang boleh hilangkan cepat!
Arwah bak pernah ajar tepek air kayu manis yang digesek bawah pasu untuk hilangkan
jerawat tu. Bukan setakat jerawat, parut pun boleh hilang. Memang sangat berkesan.
Tapi kulit Moha tak tahan. Terasa panas bahang pada kulit bila buat macam tu.
Alhamdulillah, dalam susah hati banyak
jerawat tu, dapat rezeki mencuba produk Eucerin. Korang tau dan pernah guna
produk Eucerin ni tak? Ok, jom berkenalan dulu...
Apa itu Eucerin?
Eucerin merupakan peneraju inovasi dalam sains penjagaan kulit yang telah dilancarkan sejak 100 tahun dahulu. Ia salah satu jenama dermo-kosmetik yang paling dipercayai di seluruh dunia, dibangunkan dan disyorkan oleh ahli dermatologi, disokong kajian terperinci dengan ujian-ujian ketat bagi menghasilkan produk penjagaan kulit yang inovatif dan efektif.
Dengan cuaca yang tidak menentu,
faktor keturunan, gaya hidup dan diet pemakanan yang tidak teratur, ramai yang
terpaksa hadapi masalah radang kulit dan kulit berjerawat komedon (bintik hitam,
bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya muncul di dahi dan di dagu).
Disebabkan hal inilah, Eucerin menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat
yang bukan sahaja menyuburkan kulit, malah
membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu;
Eucerin ProACNE Solution
A.I Clearing Treatment
Pelembab ini telah direka dan
diuji khas untuk kulit berminyak dan berjerawat bagi membersihkan pori yang tersumbat,
mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, mengawal kerengsaan
untuk kulit lebih licin dan sihat disamping mengekalkan kelembapan kepada kulit.
“Diformulasikan
dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing
Treatment mengurangkan jerawat komedon dalam masa hanya DUA minggu tanpa
mengeringkan kulit”.
Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin 14 Hari
Hasil kaji selidik mendapati
kebanyakan pengguna yang telah menggunakan produk ini bersetuju bahawa Eucerin
mampu menghalang pertumbuhan jerawat baru dan mengurangkan parut jerawat hitam,
mengurangkan bintik hitam, bintik putih dan jerawat yang membengkak.
Hasil kajian inilah yang
membuktikan produk ini sememangnya berkesan dan Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin 14 Hari dibuat supaya pengguna
lebih yakin untuk mencuba.
Korang tak nak sahut ke cabaran
ni? Kalau nak, korang cuma perlu buat 2 langkah senang ni je:
1. Ambil
gambar kulit pada hari pertama dan hari ke-14 selepas 14 hari penggunaan
produk.
2. Poskan
gambar “sebelum dan selepas” korang dan kongsi pengalaman guna produk ni di
Facebook dengan hashtag #EucerineProACNE.
Hadiah Cabaran
Produk Eucerin yang bernilai RM12,000
ditawarkan sebagai hadiah kepada pemenang untuk cabaran ini.
Hadiah Utama – Produk
Eucerin RM5,000.00
Hadiah Kedua – Produk
Eucerin RM2,000.00
5 Hadiah Pemenang Bertuah
– Produk Eucerin RM1,000.00
Pengalaman guna Eucerin ProACNE Solution
A.I Clearing Treatment
Jujur Moha katakan, Moha suka pelembab ni. Kulit tak rasa pedih, panas
dan melekit langsung. Sebaliknya kulit terasa lebih lembab dan licin. Dalam masa 4 hari, jerawat halus kat dahi
semakin berkurangan. Malah parut kesan jerawat yang dipicit pun semakin pudar.
Liang pori di idung juga nampak mengecil. Teruja betul! Akhirnya jumpa juga
pelembab yang serasi dengan kulit Moha ni. Jatuh hati!
Dimana nak beli Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment?
Dimana nak beli Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment?
Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment berharga RM62.00 dan boleh
dibeli di farmasi seluruh negara.
16 Comments
Jerawat pasir tu yg tak tahan kan.btw, cantik header baru 😊
ReplyDeletekejao je jerawat surut pakai ni
ReplyDeletewahhh leh join contest gak ni
ReplyDeleteNampak perbezaan kak moha pakai eucerin ni..tertarik pulak..siap ada contest..bagus ni
ReplyDeleteNampak kesan dia, jerawat dah hilang.
ReplyDeleteMemang best produk ni
ReplyDeletelisa pon pakai gak
ReplyDeletebest lah baca review produk ni....
ReplyDeleteInfo yg bagus.. Tq tau sharing..leh cuba nnti..
ReplyDeleteRamai nye duk try on this , makin berseri la sis pasni.. xleh jadi ni Ty nk cari juga la and try to apply .
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteFiza pun tgh sahut cabaran jugakk ni
ReplyDeleteBiasa nampak produk ni kat farmasi. Bagus ehh...? Boleh laaa belikan tuk anak remaja kak nina
ReplyDeletejerawat ketu;2 pun cepat jer kecut kalau guna eucerin nie kan
ReplyDeleteNampak kesan dia.jerawat pon dah hilang dah tu..
ReplyDeleteWajah Moha semakin sihat la. Dan all the best untuk contest.
ReplyDelete