Assalamualaikum...
Alhamdulillah, Jumaat lepas Moha dapat penuhi jemputan pertama bagi tahun ini untuk menikmati hidangan preview bufet makan malam di Hotel Puri Pujangga, UKM sempena Ramadhan 2018.
HOTEL PURI PUJANGGA, UKM BANGI
Ini merupakan kali pertama Moha ke sini. Hotel yang terletak di dalam UKM ni lengkap dengan segala kemudahan bagi keselesaan pengunjung terutama keluarga pelajar yang datang melawat ahli keluarga mereka yang belajar di sini. Baguskan konsep ni?
MEMORI STUDIO JALAN AMPAS
Dekorasi di Begonia Coffee House ni berkonsepkan era perfileman melayu zaman 60-an. Ada sebuah skuter merah dihiasi lampu minyak tanah dan lampu kelip-kelip dan sebuah bangku di sudut sebelah kanan.
“Pakej berbuka puasa di Hotel Puri Pujangga akan mengimbau kembali kegemilangan era perfileman melayu yang satu ketika dahulu merupakan nadi kepada industri filem tanah air”.
JUADAH BERBUKA PUASA
Pelbagai juadah berbuka puasa yang akan disajikan di Begonia Coffee House menghiasi meja bufet dan warung-warung kecil yang pastinya memberikan lebih banyak pilihan makanan kepada pengunjung.
Hidangan bufet ini terdiri dari makanan tempatan dan juga antarabangsa. Terdapat pelbagai seleksi makanan pembuka selera yang terdiri daripada pelbagai jenis kerabu, ulam-ulaman, gado-gado, tauhu sumbat, tauhu bakar, pelbagai jenis acar dan juga sudut ‘Salad Counter’ yang menghidangkan pelbagai jenis makanan berkhasiat yang terdiri daripada sayuran salad.
Bubur lambuk pun ada. Boleh dikatakan menu-menu wajib bulan ramadhan boleh dinikmati di sini.
Buah-buahan dan sayuran salad segar, sate, aneka kerabu, ulam-ulaman bersama sambal-sambal yang membuka selera
Kali ini dapur Chef Zahir (Sous Chef) mengetengahkan menu ASAM PEDAS CLAYPOT yang akan dihidangkan panas-panas mengikut permintaan pelanggan disamping menu eksklusif hotel iaitu KWAY TIOW DAGING, IKAN BAKAR PALEMBANG dan ROTI CANAI yang dimakan bersama SERAWA DURIAN.
Ikan bakar Palembang, Kway Tiow Daging, Pajeri terung, Asam pedas tetel
Serawa Durian ni menepati citarasa.. kalau tak makan benda lain, mau ulang makan ni banyak kali. Sedap!!
Hidangan buffet adalah berbeza setiap hari dalam seminggu. Namun tetap menyajikan hidangan yang enak-enak belaka. Beberapa jenis gerai dengan aneka makanan dan pencuci mulut turut disediakan bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengunjung bagi peminat KAMBING PANGGANG, haa.. kat sini pun ada tau. Inilah yang Moha ambil dulu sebelum menu-menu yang lain. Memang sedap daging kambing panggang ni dimakan bersama sos lada hitam tu.
Kambing panggang yang dimakan dengan nasi beriyani dan dalca atau bersama sos lada hitam
PAKEJ BERBUKA PUASA
Dewasa : RM70.00 nett seorang
Kanak-kanak : RM35 nett seorang
(6 hingga 12 tahun, percuma bagi 6 tahun ke bawah)
Baucar : RM60 nett seorang
Bermula 19 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018 dari pukul 7.00 pm hingga 10.00 pm.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pengurus Operasi (Khaila Khalid) :
Telefon : +603-8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443
Email : khaila@puripujangga.com.my
Website : www.puripujangga.com.my
15 Comments
mengancam asam pedas dia. nampak sedap tu,kuah pekat dan warna
ReplyDeleteMemang sedap Ina. Puas hati!
DeleteWahhh. nak kambing panggang ituuu.. huhu
ReplyDeleteHaa..nanti Dura boleh datang ke Puri Pujangga ni..
Deleteuii..sdapnya..:)
ReplyDeleteBanyak pilihan yang sedap2 kat sini. Rambang mata
DeleteBolehla plan nak bawa family berbuka ramadhan nanti. Tq 😊
ReplyDeletePlan terbaik🖒🖒🖒
DeleteSemuanya nampak menggoda ni.. tak tau laa kalau pegi bulan poser.. mana satu nak makan dulu hehehe
ReplyDeleteMurahnya harga dia....
ReplyDeleteWow tak sampai rm100 sorang .. berbaloi tp kena makan banyak2 hihi
ReplyDeletemurah juga ni kalau rm60
ReplyDeletePuas hati tul dapat makan serawa durian, lama mengidam hehe
ReplyDeleteMenarik lihat seleksi makanan diatas, boleh bawa ibu ayah ni tawan hati mereka sebab ada western dan malay dishes. Puas hati lah!
ReplyDeleteMenarik laaaa.. .. Harga pun mampy bayar. Nanti kita set pi sini sesama nak
ReplyDelete