Advertisement

Cuba Masakan Cina Muslim, Restoran Mohd Chan, Bangi.

Assalamualaikum..

3 hari lepas, kami ke Bangi. Tujuannya nak cari kain untuk sarung sofa dan langsir di Jakel. Tapi memandangkan keluar dari rumah pun dah pukul 6 petang, kami buat keputusan untuk cari tempat untuk berbuka puasa dulu. Lepas tu barulah ke Jakel. Anak-anak pun takdelah meragam sangat sebab perut dah kenyang. Senang sikit mama nak memilih kain nanti.

Restoran Mohd Chan jadi pilihan kami kali ni. Tak pernah cuba pun sebelum ni. Sajalah kali ni nak cuba masakan cina muslim pulak. Asyik masakan Thai dan masakan melayu je, sesekali ubah pulaklah citarasa. Mana tau kot-kot sesuai dengan selera? Kan? Heee...

Masuk-masuk je, hampir penuh restoran ni dengan pengunjung. Mujur ada lagi meja kosong. Dapatlah kami berbuka di sini. Disebabkan pelayan agak sibuk, jadi kami tulis sendiri kod menu yang kami nak. 


Dim Sum ni memang sedap. Lebih-lebih lagi bila dicicah dengan sos yang disediakan tu. Rata-rata setiap meja yang dipenuhi pelanggan, ada dim sum ni. 


Yang ni pilihan Amar. Nasi putih dengan daging masak lada hitam. Moha suka rasa daging ni. Daging empuk dengan rasa lada hitam yang sebati. Tak muak walaupun makan banyak. Patutlah ramai yang order menu ni. Memang sedap!


Ini pula nasi putih dengan ayam masak masam manis pilihan Haziq. Yang ni Moha sejak dulu lagi tak berapa gemar masakan camni. Punca tak berapa nak minat  tu sebab rasa manis. Tapi taklah manis sangat. Licin jugalah Si Haxiq makan.. alaa..nama pun masam manis kan? Memang camtulah rasanya. Huhuhu.. 


Haa..ni pulak, Nasi Goreng Istimewa. Rasa nasi goreng tu macam nasi goreng cina yang biasa kita makan tu la. Cuma ditambah sotong, kupang, udang dan kepah di tepinya. 


Char Kway Teow Penang ni pilihan Moha. Sebenarnya tak tau nak makan apa. Jadi pilih jelah yang ni. Tak habis pun Moha makan. Kenyang minum air cincau barangkali. 

Bagusnya restoran ni, tandas dan surau disediakan bagi memudahkan pengunjung solat maghrib selepas berbuka puasa.

InsyaAllah murah rezeki, kami ke sini lagi cuba menu lain pulak..


Post a Comment

1 Comments

  1. sedap kan makanan sini.. sebab puasa kot siewmai ade lagi. kalau hari biasa lambat sikit habislaa x dapat makan..

    ReplyDelete