Assalamualaikum
Steamboat dan bbq memang ramai yang suka makan. Tapi nak cari yang betul-betul sedap dan memuaskan hati dari segala segi tu bukannya senang. Moha dah cuba beberapa tempat yang terdekat di rumah ni. Setakat ni belum ada yang menepati citarasa lagi. Tak dapat nak ulang lagi.
Kadang-kadang bila dah teringin sangat, Moha buat sendiri je kat rumah. Tapi tak berapa nak feel sebab buat sendiri ni, banyak bahan yang takde. Yelah, tak semua pasaraya ada bahan yang kita nak.
Sebab tu lebih senang pergi makan di restoran je. Badan pun tak penat nak menyediakan segala-galanya. Tinggal pilih-pilih je apa yang nak dimasak dan dimakan. Pilihan pun banyak. Ambill jelah nak makan apa asalkan tak membazir sudah. Yang penting, Moha nak yang boleh grill dan rebus. Baru best main masak-masak..heee.. (Amar suka sangatlah dapat masak-masak sendiri ni. Kat rumah mana dapat!)
Jadi harini Moha sekeluarga makan malam di Pak John Steamboat & BBQ di IOI Mall, Putrajaya. Rancangannya, lepas makan bolehlah jalan-jalan kat IOI tu. Restoran ni terletak di bahagian luar bangunan tu je. Sederet dengan restoran lain yang ada di sepanjang The Symphony Walk. Lawa dekorasi kat sini. Tapi terlupa pula nak ambil gambar. Sebab kami terus tuju restoran je. Sengaja tak nak lama-lama kat situ sebab ada kolam air. Nanti Si Amsyar ajak mandi kolam pulak. Naye ooo.. mana boleh mandi kat situ!
Restoran ni ada sediakan tempat makan di bahagian dalam dan juga di luar. Pada yang sukakan suasana open air, boleh duduk makan di luar. Kami duduk di bahagian dalam restoran. Dekat dengan stall bahan steamboat. Senang sikit nak ambil makanan dan minuman... kes malas nak jalan jauh-jauh pun ye.. hehehe..
Kat sini ada 5 jenis sup iaitu Tomyam Soup, Curry Soup, Miso Soup, Prawn Soup dan Chicken Soup. Dalam satu pakej, cuma boleh pilih satu sup je ye. Tapi kalau rasa nak tambah sup lain boleh juga.. hanya tambah RM10 saja. Kitorang masa tu berbelah bagi juga nak pilih sup apa. Rasa macam nak ambil kari, tapi Amar nak Tomyam.. jadi kami pilihlah Tomyam. Pergh!! Sedap la Tomyam dia. Memang secukup rasa!
Kalau hirup sup sambil pejam mata, komfem boleh cakap tu kuah Tomyam (ni kes pengalaman sendiri, ada restoran lain bagi sup Tomyam tapi rasa tawar leweh!). Sup ni percuma je kalau nak refill banyak kali. Best kan?
Kalau hirup sup sambil pejam mata, komfem boleh cakap tu kuah Tomyam (ni kes pengalaman sendiri, ada restoran lain bagi sup Tomyam tapi rasa tawar leweh!). Sup ni percuma je kalau nak refill banyak kali. Best kan?
Menu sedia untuk dimakan.
Kat sini juga ada menyediakan menu yang dah siap masak. Masa Moha pergi tu, ada nasi putih, nasi goreng udang, bihun goreng, mi goreng mamak, sambal sotong, ayam masak kicap, wantan goreng, sosej goreng, fillet ayam goreng, fish ball, cucur jagung, tauhu bergedil, kentang goreng, jagung kukus dan goreng pisang. "Penyelamat" Moha sebenarnya menu ni. Yelah, bawak anak kecil ni nak kena cepat layan dia sebelum dia meragam. Jadi cepat-cepat lah ambil nasi goreng dan menu bergoreng yang lain tu untuk dia makan dulu.
Premium food.
Premium food yang disediakan hanya bermula pada pukul 5 petang hingga 10 malam iaitu premium beef/lamb slice, abalone slice dan smoked duck. Moha repeat ambil lamb dan beef slice.
Sedap bakar dan rebus lepas tu balut dengan daun salad, letak sos pencicah sikit, balut dan ngap! Haha.. terasa kerangupan daun salad bercampur dengan rasa manis daging dan pedas dari sos. Betul-betul menyegarkan!
Sedap bakar dan rebus lepas tu balut dengan daun salad, letak sos pencicah sikit, balut dan ngap! Haha.. terasa kerangupan daun salad bercampur dengan rasa manis daging dan pedas dari sos. Betul-betul menyegarkan!
Terdapat 160 jenis hidangan untuk dinikmati di sini. Ada ikan, ketam, udang, sotong, kepah, lala, kupang dan lain-lain lagi. Aneka jenis bebola ikan, bebola sotong, bebola udang, bebola daging dan daging/ayam yang telah diperap pun ada. Sayur-sayuran segar dan telur ayam juga disediakan. Begitu juga dengan mi segera, mi udon dan ramen. Wah.. mana satu nak ambil ni?
Ada banyak pilihan sos pencicah disediakan. Antaranya, Sos Belacan, Thai Green Chili, Sweet Sauce, Sweet & Sour Chili Sauce, Garlic Chili Sauce dan banyak lagi. Minyak dan butter untuk grill juga disediakan di bahagian yang sama.
Air minuman di sini percuma. Nak refill berapa kali pun boleh. Pilihan minuman pun banyak. Ada air oren, lemon tea, pepsi, 7up, mountain dew dan lain-lain lagi. Air panas pun ada juga disediakan. Layan diri okay.. ambil apa yang disukai.
Di bahagian depan ada 3 jenis kek (kek oren, kek coklat dan pandan), buah-buahan potong (betik, nenas dan tembikai), fruit cocktail, dadih, susu jelly sumi, sagu santan dan banyak lagi. Wafer, dim sum, pau, ais krim dan abc boleh ambil di bahagian belakang. Nak ambil berapa kali pun boleh.
Bahagian dalam restoran ni agak luas juga. Mudah nak bergerak ke satu-satu bahagian. Nak ambil makanan dan minuman pun senang. Rasa selesa dengan persekitaran yang disusun kemas dan rapi.
Layanan yang diberikan oleh staff pun sangat bagus. Masuk je kawasan restoran dah disapa dengan senyuman dan dilayan mesra. Setiap soalan dijawab dengan baik. Masing-masing komited dengan tugas yang dah ditetapkan. Sentiasa bertanya samada kita nak tambah sup atau nak tukar plate bbq untuk memastikan keselesaan kita makan.
Apa yang Moha nampak, mereka sentiasa sibuk bekerja samada melayan pelanggan, menambah stok bahan ataupun yang memasak di bahagian dapur. Mungkin ini juga salah satu sebab kenapa pelanggan tak putus-putus mengunjungi restoran ni. Kagum Moha dengan diorang ni.
Senang cerita, kami memang puas hatilah makan kat sini. Dah balik rumah, tengok balik gambar semua, alahai.. menyesal pulak rasa bila tengok ada menu yang Moha tak ambil. Tengok gambar baru terasa nak makan! Huhu.. parah betul! Haaai.. kena pergi lagi nampaknya ni.
Pak John Steamboat & BBQ
GE-11, Ground Floor
IOI City Mall
62502 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Website : Pak John
Instagram : Pak John Steamboat BBQ
No. Telefon : +6012-7050684
3 Comments
aduhhh sedapnya steamboat... jauhnya nak pergi
ReplyDeleteHmmm...Delicious servings to taste...Yummy!
ReplyDeleteAde officemate mmg gile dengan pak john ni. Asal gaji je nak gi makan sini.. mmg sedap katenye.. huhuhu... Ain x penah try lagi..
ReplyDelete