Assalamualaikum..
Tengah-tengah skroll fb, terbaca posting ni...
Weh.. 2 tahun tu!!! Tabung travel boleh pulak dipenuhkan. Kenapa tak ujudkan tabung bayar hutang? Aduhai...
Geram tau.. bukan apa. Kisah hutang ni samalah cam kes suami. Bila sorang kawan dia ni beriya merayu nak pinjam duit. Katanya nak isi minyak kereta nak pergi kerja pun takde duit. Sewa rumah pun dah tertunggak 2 bulan. Janjinya, selepas dapat gaji pasti dibayar habis duit yang dipinjam.
Atas rasa simpati dan yakin dengan janji manis tahap diabetes yang ditabur tu, maka suami pun bagilah pinjam. Tau apa jadi lepas tu? Huh, segala jenis cara untuk berhubung disekat terus! Tak dapat dihubungi lagi dah.
Geram memang sangat geram. Kita dah bantu, tapi dibuat camtu sudahnya. Betullah kata orang.. muka baik, hati belum tentu... Jadi sekarang kami lebih berhati-hati. Takde lagi dah nak bagi pinjam-pinjam. Sebab kami tak mahu hati sakit dan secara tak sedar terdoa yang tidak-tidak. Pengalaman lepas mungkin ujian kecil bagi kami. Tak apalah. Semoga yang meminjam tu dimurahkan rezekinya dan tak menyusahkan orang lain pula selepas ni.
0 Comments