Advertisement

William jual cermin mata murah tapi berkualiti tinggi di kedai Eye Pro Vision, Sungei Wang.



Assalamualaikum...

Sejak raya haji lepas lagi, Mata Moha selalu rasa sakit. Adakala rasa gatal, pedih, kabur, berdenyut dan kadangkala jadi merah dan bengkak tak tentu pasal. Sangat tak selesa. Rasa macam ada 'benda' kat bawah kelopak mata tu. Nak kelip mata pun rasa tak licin. Rimas!! 


Ajak juga suami pergi kedai cermin mata. Tapi dia busy sangatlah sekarang ni. Nak tak nak kenalah tunggu dia free. Tertanya-tanya lah juga, gejala sakit mata ni sebab Moha dah lama tak pakai cermin mata ke? Last pakai cermin mata masa Amar umur 3 tahun. Sekarang dia dah 11 tahun pun. 8 tahun tu!! Hurmm kena pergi cek power mata la kan? Kalau tambah rabun, boleh buat cermin mata baru. 

Bukan apa, cermin mata lama tu dah tak boleh pakai. Itulah, siapa suruh buat cermin mata takde bingkai? Terhantuk dengan kunci dalam beg je pun, daaah pecah.. tak kuasa nak repair. Nanti pecah lagi! Yang pakai pulak ganas..huhu.. Baik buat yang baru je tapi buat yang lebih tahan lasak. Tapi.. yang tahan lasak mesti mahal kan? Huuuu.... Nangis!!

Suatu hari tu tertengok posting di fb pasal Kedai cermin mata viral - Eye Pro Vision, Sungei Wang. Fuh.. Nasib baik tak tergesa-gesa buat cermin mata kat area Semenyih ni. Alhamdulillah, ada hikmahnya juga. Kalau dah buat haritu, rugi besarlah Moha. Mujur juga Moha terbaca pasal kedai cermin mata Eye Pro Vision kat fb tu. Terus berkenan nak buat cermin mata kat situ. 


Harga murah giler!!

Macam tak percaya pun ye juga. Betul ke dengan RM125 je dah boleh dapat cermin mata yang berkualiti dan tahan lasak? Siap dalam sejam pulak tu! Spek lama Moha yang dah pecah tu pun tak dapat harga tu tau. Fuh.. sejak tu, setiap hari Moha minta suami bawa Moha buat cermin mata kat kedai ni.

Alhamdulillah, akhirnya permintaan ditunaikan. Maka sehari sebelum cuti Krismas tu, seawal jam 9 pagi kami gerak ke sana. Kang lambat, jalan jem.. tak pun nanti orang dah ramai pulak (kedai viral kan? Mesti ramai customer). Tak pasal nanti kena tunggu lama.

Ngam-ngam sampai, kedai baru je dibuka. Suka betul hati jadi pelanggan pertama ni. Boleh tanya macam-macam dan banyak masa nak pilih bingkai cermin. Terus jumpa tokey kedai. Eh, muda lagi orangnya. Tapi macam familiar la rupa dia. Sekali terdengar Si Amar cakap dengan Haziq...


"Bang, macam Jae Suk la".  
"Yelah... serupa.. tapi yang ni lagi hensem" jawab Si Haziq. Hahaha.. budak-budak pun pandai gosip eh?

Lepas beritahu tujuan kitorang datang, William sendiri yang layan kami walaupun pekerja dia ada di situ. Lagilah seronok!



Cermin Alpha Blue 420

Serius, Moha memang dah berkenan cermin ni sejak tengok video yang tular kat fb tu. Kali ni dapat tengok live William tunjuk kelebihan cermin tu. Lagilah bertambah minat nak buat cermin mata kat situ. 

Antara kehebatan cermin alpha blue 420 ni :

Tak tembus cahaya biru & cahaya UV
Macam tengok persembahan silap mata pulak bila William tunjuk perbezaan cermin biasa dengan cermin alpha blue 420 ni. Cermin biasa bila disuluh dengan lampu biru/lampu tinggi, ketara sangat tembus silaunya. Tapi bila letak cermin alpha blue 420 kat depan mata dan disuluh lampu tinggi tu, wah... tak silau langsung!

Tahan lasak 
William tunjuk demo pada kami dengan mengetuk cermin tu berkali-kali kemudian mengetuknya ke tepi meja. Kalau korang, berani ke nak buat camtu kat cermin mata korang? William berani! Bagusnya cermin tu jangan kan pecah, retak pun tidak! Cuma ada satu je garis kecil kesan calar. Itu aje! Ni Moha ada rakam untuk korang tengok. Kenapa jadi camni ea? Sebab cermin alpha blue 420 ni ada 120 lapisan coating. Banyak kan? Tapi langsung tak berat. Pasti tak sakit batang hidung bila pakai spek tu nanti.


Kalis air, dakwat kekal dan minyak
Lagi satu ujikaji William tunjukkan. Cermin mata suami Moha dipinjam dan dilukiskan dengan marker pen dakwat kekal. Cermin alpha blue 420 juga dilukis dengan pen yang sama. Apabila cuba dipadam, dakwat pen pada cermin mata tidak hilang tapi dakwat pada cermin alpha blue 420, hilang! Kemudian diuji pula dengan highlighter pen berasaskan minyak. Sekali lagi hasilnya sama. Mudah betul kesan dakwat tu tanggal dari cermin alpha blue 420 bila ditekap-tekap dengan tisu. Tapi kat cermin mata suami, kena gosok kuat-kuat barulah tanggal kesannya. Maknanya, kalau tangan tengah basah atau berminyak, terpegang pula cermin mata.. pasti tak meninggalkan kesan kabur pada cermin mata bila dilap.

Jaminan setahun
William berani bagi jaminan satu tahun sekiranya lapisan coating cermin terkoyak. Jika yang dah ditukar baru tu pun koyak juga dalam setahun, boleh tukar yang baru lagi. Haaa.. berani tak berani tokey muda ni. Katanya bukan mudah nak hasilkan cermin ni. Banyak ujikaji yang dibuat sehinggalah terhasilnya cermin alpha blue 420. Terus dipaten dan hanya kedai William saja yang ada cermin alpha blue 420 ni. Kedai lain mungkin ada, tapi kualiti pastinya tak sama.


2000 pilihan bingkai termasuk yang mudah lentur

Sangkut kat sini paling lama. Pilih frame punya pasal😄
  
Mana satu ni?😅😅
  
Sampai flat William kerjakan frame tu..still kukuh lagi dia
Haaa.. rambang mata terus bila disuruh pilih bingkai. Semua cantik dan menarik. Macam-macam jenis design ada. Tapi Moha pilih yang flexible la. Tapi sebab banyak sangat design, tak tau nak pilih yang mana. Rasanya memilih bingkai tu yang paling lama. Sekejap cuba yang ni, sekejap cuba yang tu. Kejap lagi cuba yang tadi balik.. eh, yang tu pun nampak cantik!!! Huaaa...mana satu nak pilih ni??? 


Lepas cek mata, terkejut bila William cakap...

"You rabun sikit aje. Silau tak ada". 

William kemudiannya suruh Moha jeling ke sebelah kiri. 

"Oh, you ada penyakit mata sudah" katanya. Kemudian dia tunjukkan Moha gambar penyakit mata tu di handphonenya.


Menurut William, sebaiknya hari siang Moha pakai cermin mata untuk elakkan sinaran UV. Sebab kalau Moha tak jaga, ada kemungkinan selaput tu akan merebak lagi hingga menutup mata hitam. Masatu terpaksalah bedah kalau  tak nak penglihatan terganggu. Alamak.. tak sangkanya boleh terkena penyakit ni.

Close-up mata Moha.
Bila tengok mata sendiri dah tumbuh selaput ni, mestilah rasa risau. Jadi memang patut sangatlah Moha buat cermin mata sekarang bagi mengelakkan mata Moha terkena sinaran UV terutama bila keluar rumah waktu siang, ataupun ketika menghadap skrin handphone supaya selaput ni tak merebak lagi. 


Cermin mata siap dalam 1 jam


Suami Moha pun buat juga cermin mata sebab yang sebelum ni cuma cermin biasa. Tak sampai pun sejam, akhirnya siaplah cermin mata kami berdua. Lepas ni senanglah nak memandu waktu malam. Mata dah tak silau😎😎

Terima kasih banyak-banyak pada William sebab meluangkan masa melayan kami yang banyak soal ni. Kalau tak disebabkan William, Moha pun tak tau Moha dah kena penyakit pterygium ni. 


Harga yang William bagi tu memang tak munasabah. 2 pasang cermin mata yang kitorang beli ni cuma RM250 je tau (flexible frame + alpha blue 420 lens). Cermin mata lama, jangankan 2 pasang, sepasang tu pun kena tambah duit lagi. Itupun lens biasa je. Tapi sebab William ni baik hati, dia nak semua orang dapat pakai barang berkualiti dengan harga murah, maka dia jual dengan harga yang serendah ni. Semoga perniaagannya bertambah maju dan cita-citanya nak buka satu wisma cermin mata menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

So, korang kalau ada terkena gejala cam Moha, cepat-cepatlah cek mata. Kalau nak buat cermin mata,  pergi je jumpa William kat kedai dia ok. Kedai dibuka setiap hari kecuali cuti umum bermula 11.00 pagi hingga 9.00 malam. Alamat dan no. telefon Moha tuliskan di bawah ni. Waze je ikut alamat ni, confirm jumpa.

EYE PRO VISION (002893352-T)
GROUND FLOOR G111, 
SUNGEI WANG PLAZA, 
JALAN BUKIT BINTANG, 
55100 KUALA LUMPUR.

+6016-377 1304
(William)














Post a Comment

5 Comments

  1. alaa..nak la jgk spek murah ni..:)

    ReplyDelete
  2. Berbaloi buat kat sini kan kak..

    ReplyDelete
  3. kannn.. cermin biasa pun x dpt harga ni..

    ReplyDelete
  4. ala,murah giler.Cermin mata fleksibel ina ni pon dah cecah rm360 tak termasuk silau.Huuuu.. ruginya rasa beli di kuantan.Mehlah,minta eye vision buka satu sini

    ReplyDelete
  5. Berbaloi buat kt sini, dengan harga murah dapat spek yang berkualiti

    ReplyDelete