Assalamualaikum..
Macamana puasa harini? Harap-harap semua urusan kita sepanjang berpuasa ni dipermudahkan olehNYA. Aamiin...
Oh, ya! Sebelum tu nak tanya. Pernah tak korang alami masalah macamni?
~ beli atau masak makanan banyak-banyak lepas tu tak habis makan.
~ bahan masakan / makanan / minuman terbeli banyak tapi tak sempat nak habiskan sebelum tamat tempoh.
~ memang sengaja masak atau beli makanan lebih dengan tujuan nak berkongsi tapi tak tau nak bagi pada siapa.
Sebagai contoh: korang ada beli ramen pedas sebungkus besar, dah makan sebungkus dan tak sanggup dah nak makan pek yang selebihnya sebab pedas sangat. Jadi dari buang atau biarkan pek selebihnya tamat tempoh camtu je, baiklah bagi je pada orang yang nak.
Ataupun, katakanlah korang dah beli makanan di bazar Ramadhan. Sekali tiba-tiba ada pula yang ajak berbuka di luar. Jadi, makanan atau minuman yang dah dibeli tadi tu korang boleh berikankan kepada sesiapa saja dengan menggunakan aplikasi Oh!FreeFood.
Dengan aplikasi ni, korang boleh bagi makanan yang baru beli, yang berlebihan atau tak habis tu (tapi bukan sisa makanan yang korang makan tau!) pada sesiapa yang korang nak (pemohon). Korang juga boleh tentukan samada nak hantar terus ke rumah pemohon atau pemohon tu datang ambil sendiri. Senang kan? Inilah cara baru dan mudah nak berkongsi makanan disamping berpeluang dapat kenalan baru. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni kan? Memang bagus sangatlah kalau nak amalkan bersedekah.
Bukan apa, kadang-kadang kita tak tahu nak bersedekah pada siapa. Atau kita risau orang salah faham dengan niat baik kita. Jadi dengan adanya aplikasi ni, selain membantu kita dari membuang dan membazir makanan, ia juga membantu kita bersedekah tanpa prasangka. Tau ajela zaman sekarang ni. Ada saja yang nak dijadikan isu. Bukan macam zaman dulu-dulu tu.
Masa kecil dulu, Moha selalu tolong mak hantarkan lauk atau kuih-muih ke rumah jiran. Nanti jiran balas pula pemberian tu dengan makanan dari pihak mereka pula. Walaupun mak dah pesan, bila kita memberi biar ikhlas dan jangan mengharapkan sebarang balasan, tapi Moha tetap juga rasa seronok sangat bila dapat balasan dari pemberian kepada orang ni. Maklumlah, masa tu kecil lagi. Siapalah tak suka bila dapat sesuatu yang percuma kan? Hihihi..
Sekarang bila dah dewasa, Moha segan pula nak ketuk rumah jiran dan beri makanan macam mak buat tu. Mujurlah dah ada cara yang lagi mudah ni. Selain bagi pada jiran terdekat, boleh juga bagi pada yang memerlukan. Alhamdulillah..
Jadi, kalau korang nak buat macam yang Moha buat ni, korang muat turun la aplikasi OhFreeFood ni. Mudah je caranya.
Lepas dah daftar jadi ahli, korang dah boleh terus mula muat turun gambar makanan beserta maklumat yang diperlukan. Nanti bila dah ada yang request makanan korang tu, korang deal la semula nak hantar macamana. Senang je..😉
SELAMAT BERAMAL!!!
3 Comments
mudahnya..benda free mmg best hehe
ReplyDeleteHehehe... Betul tu!!😂
DeleteDah try apps ni.. memang bagus..
ReplyDelete