Advertisement

Puas Hati Beli Ayam Bismi Dijamin HALALnya


Assalamualaikum...




Lega sangat bila peti ais penuh dengan stok bahan mentah. Senang kerja bila nak masak. Paling penting ayam memang kena sentiasa ada dalam peti ais. Kalau takde, buntu Moha jadinya. Tak tau nak masak apa. Diorang ni suka makan ayam. Hari-hari makan ayam pun takpe. Kalau masak ayam, laju je masing-masing makan. Kalau tak masak ayam, masaklah lauk ikut citarasa Moha macam goreng ikan, ulam-ulaman dan sambal belacan, alamatnya anak-anak pakat masak sendirilah nasi goreng untuk diorang. Amsyar lagilah tak makan. Memilih makan anak bertuah yang sorang ni.

Tapi nak bagi diorang makan ayam setiap hari risau juga. Yelah, ayam kat pasaraya tu mana ada yang tak disuntik hormon? Tak suntik hormon kang lambatlah ayam membesar. Tak besar tak boleh jual. Nanti habis stok, harga ayam melambung pulak. Kan...? Tapi kalau dah disuntik hormon, tak eloklah pulak untuk kesihatan kita ni kalau makan banyak-banyak. Macam-macam penyakit pulak menyinggah. Tu belum pasal ayam tak sembelih cara betul lagi tu. Macam-macam cerita keluar kat media sosial kan? 

Rasa bersalah sebenarnya bagi keluarga makan  ayam tak sihat ni. Jadi, Moha cari jugalah solution nak elak beli ayam kat pasaraya. Bukan apa, kat pasaraya tu macamana nak pastikan ayam yang dibeli tu tak disuntik hormon? Disembelih dengan cara yang betul? Betul ke ayam tu keluaran bumiputra?  

Kalau ada tampal pun info pasal ayam yang dijual tu, sempat sangatlah Moha nak membacanya. Kalau Moha ni biasanya tak perasan pun notis tu semua. Keluar dengan anak berderet ikut membeli ni, dengan nak cepat setel punya pasal, tengok logo HALAL je dulu.. pastu tengok harga, pilih-pilih ayam, terus timbang. Kalau tak ramai yang beratur, bolehlah mintak diorang potongkan. Kalau ramai, erm.. potong sendirilah kat rumah. Makan masa sikitlah bila nak memasak tu.. hurmm.. "berperang" lagilah dengan Amsyar jawabnya..

Haritu nampak Ben Ashaari post kat fb pasal ayam BISMI :
🐔Tidak diberikan suntikan hormon
🐔 Diberi makan dedak tanpa sisa khinzir
🐔 Ternakan Sembelihan 
      Edaran 100% Muslim
🐔 Pasukan teknikal ladang 
      terbaik & berpengalaman.
🐔 In house Dr Veterinar 
      khusus menjaga Ayam 
      Bismi.
🐔 Kilang modern mendapat 
      pengiktirafan MeSTI dari   
      KKM.
🐔 ada Sijil Halal Jakim.
🐔 Ada delivery
🐔Ayam siap potong dan dibersihkan sebelum dibungkus.

Wah, terbaiklah!! Semua ciri-ciri yang Moha nak tu ada. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal je rasanya.. hihihi. 

Tak buang masa, terus je wasap ikut link yang ada tu. Senang je aih nak order.. isi je maklumat yang dia minta. Pilih je apa jenis ayam yang nak kat bawah ni.

1. Ayam Bismi size sederhana (Potong 9)  [berat 1.1 - 1.2 kilo] RM16.50 
2. Ayam Bismi bulat (whole chicken, ada internal organ seperti hati & pedal) per ekor [berat 1.1 - 1.2 kilo] RM14.00
3. Ayam Bismi - Thigh 1 pek : RM16.50 

4. Ayam Bismi - Kepak 1 pek : RM16.50 
5. Ayam Bismi - Peha 1 pek : RM16.50
6. Ayam Bismi - Dada 1 pek : RM16.50
Isi borang tempahan macam ni..
Nanti agen akan bungkuskan. Pastu bagitau je nak diorang hantar atau kita ambil sendiri. Senang je kan?

Korang nak order? Klik link order yang Moha letak ni. Nanti diorang reply. 


Nak tengok lagi banyak info pasal ayam Bismi ni, korang boleh baca kat website dan fb ni :



Moha dah order dah pun. Beli 6 pek untuk seminggu terus. Ada ayam bulat, paha ayam, dada ayam dan ayam saiz besar yang dipotong. 


Apa yang Moha masak dengan ayam Bismi ni? Macam biasalah... Lauk favourite satu famili. Ayam Goreng Sambal Cili Api Berserai dan juga Ayam Golek Sempoi.  

Ni Moha kongsikan cara Moha masak.

Ayam Goreng Sambal Cili Api Berserai


4 ketul ayam Bismi - digaul bersama garam dan serbuk kunyit
2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
Segenggam cili api kampung (ikut sukalah nak banyak mana. Nak pedas lagi, tambah lagi)
Garam dan tumix secukupnya
2 batang serai - diketuk

Cara-caranya : 

- goreng ayam sampai masak tapi jangan terlalu garing. Asingkan.
- kisar /tumbuk kasar bahan bertanda *

- gunakan secukupnya minyak goreng ayam tadi untuk tumis semua bahan kisar termasuk serai. Kacau sehingga naik bau. 
- masukkan garam dan tumix secukupnya. Gaul rata, dan masukkan ayam goreng. Siap! Lauk ni lagi banyak sambal dia, lagi sedap. Kadang-kadang Moha tambah kangkung masa tumis tu. Pergh.. lagi sedap!!



Ayam Golek Sempoi

1 ekor ayam Bismi
2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 inci halia *
2 batang serai *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
1 sudu besar kicap manis

Cara-caranya :
- panaskan oven 185°C.
- kisar halus semua bahan bertanda *
- gaul sebati semua bahan kisar bersama garam, gula perang dan kicap 
- lumurkan sekata pada ayam dan masukkan ke dalam oven
Bakar selama 30 minit. Ikut jenis oven masing-masing ye. Kalau belum masak, tambahkan masa lagi. 

Ayam Bismi ni sedang molek je saiz dia untuk buat bakar. Cukup-cukup untuk 5 orang makan. Jadi takdelah membazir. Rasa pun macam makan  ayam percik ni tau.. sedap hingga menjilat jari gitu.. hihi.. resepi ni senang je kan? Korang pun boleh buat. 

Selamat mencuba!!




Post a Comment

4 Comments

  1. Hello it's me, I am also visiting this web site daily, this website is in fact good and the people are genuinely sharing nice
    thoughts.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete