Advertisement

Kenapa beli Teh Uncang BOH



Assalamualaikum.. hai korang..


Biasanyalah kan, tiap hari korang bancuh air apa untuk diminum tak kiralah untuk sarapan ke, untuk tengahari ke, untuk malam ke? Ataupun bila tetamu datang, korang hidangkan air apa pula?

Moha dan keluarga biasanya bancuh teh 'o' jelah. Tak kira masa atau apa-apa situasilah. Nak hidang pada tetamu yang datang ke rumah ke, nak hidang untuk kenduri ke, memang teh 'o' jadi pilihan utama selain air jenis lain. 



Kiranya teh 'o' tu dah jadi minuman ruji dah. Sebab air ni majoriti mesti boleh minum. Jarang sangat jumpa orang yang tak boleh/alergi minum teh 'o' ni. Maka sebab itulah teh 'o' selalu jadi hidangan pada bila-bila masa. Satu minuman untuk semua!


Cerita tentang teh ni, pernah anak-anak Moha tanya, kenapa Mama suka beli Teh Uncang BOH? Kenapa tak beli teh lain? Dan Moha akan jawab, "Mama dah minum teh BOH ni sejak dari kecil lagi arwah atok yang sediakan. Mama dah biasa dengan rasa dia sebab tu mama tak tukar yang lain". Sekarang bila membeli-belah barangan dapur bersama mereka, adakala mereka bantu  Moha ambil Teh Uncang BOH dan letakkan ke dalam troli. 

BOH ni dah wujud  90 tahun di Malaysia dan BOH mempunyai "experteas" dalam menghasilkan teh berkualiti yang tak pernah berubah sejak dulu.


Selain mudah disediakan, rasanya, warnanya malah aromanya yang menyegarkan itu juga menjadi penyebab BOH jadi kegemaran kami. Setiap pagi, mesti bancuh satu jag air teh untuk sarapan seisi keluarga. 

Malah ada ketikanya ketika kami berkelah di mana-mana jeram, teh BOH yang telah siap dibancuh turut dibawa sebagai bekalan untuk menghangatkan badan yang kesejukan selepas mandi-manda.

Cuma satu uncang teh diperlukan untuk satu jag air. Kadang-kadang selain buat teh 'o' Moha buat teh tarik, atau teh halia disajikan bersama biskut atau roti, dah mencukupi sebagai sarapan kami sekeluarga. Dengan satu uncang teh BOH ikatan hubungan kekeluargaan kemi menjadi semakin erat dan kuat. 


Sebagaimana hangatnya air teh BOH yang dihirup ini, begitu jugalah hangatnya hubungan kami yang terjalin. Ada BOH, Ada Ummph!

Post a Comment

3 Comments

  1. Hello! This post couldn't be written any better!
    Reading this post reminds me of my previous room mate!
    He always kept chatting about this. I will forward this article to
    him. Fairly certain he will have a good read.
    Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete