Assalamualaikum...
Harini genap umurnya 14 tahun.
Sekejap je rasa masa berlalu. Sedar tak sedar bayi yang susah sangat nak lahir dulu ni dah remaja pun sekarang.
Haziq, anak sulong Moha ni lahir masa umur Moha 25 tahun. Awal perancangan, Moha pilih nak bersalin di Hospital Mersing je. Tapi disebabkan seminggu duduk wad dia tak mau keluar juga, akhirnya Moha dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Masa di Wad Bersalin Hospital Mersing tu, tak ramai sangat ibu-ibu yang nak bersalin. Kebetulan pula masa tu wad bersalin tengah diubahsuai. Jadi siangnya agak bisinglah dengan bunyi kerja-kerja pertukangan ni. Kadang-kadang rasa stress juga. Yelah, Moha ni dah overdue. Sakit-sakit nak bersalin tu dah terasa walau tak kuat sangat. Suasana pula bising. Tambah stress bila tengok ibu mengandung yang baru masuk dah bersalin dulu dan keluar wad lagi awal dari Moha. Hmmm... Kesian kat famili Moha pun ye juga. Dahlah masa tu bulan puasa! Penatnya diorang ulang-alik ke hospital lawat Moha.
Akhirnya selepas seminggu di wad bersalin Mersing tak bersalin juga, terpaksalah Moha naik ambulans ke HSAJB. Pergh.. merasa juga naik ambulans. Dia punya laju, macam nak meletup jantung Moha ni. Kecut perut dibuatnya! Terlupa sekejap perut tengah boyot masa tu.
Elok sampai HSAJB, doktor pelatih yang merawat Moha tu tak percaya yang Moha dah terlebih hari. Perut kecil katanya. Bila dah scan, barulah dia kelam-kabut. Overdue dah 9 hari! Air ketuban pun sikit sangat dah kat dalam tu katanya. Terus kena induce. Masa tu mulalah tak boleh duduk diam. Sakit nak bersalin makin kerap terasa. Lebih-lebih lagi bahagian belakang pinggang. Allah.. tak tau nak gambarkan macamana. Jangankan nak makan, nak minum pun tak lalu! Tidur tak boleh, apapun tak boleh! Sakit giler..
Tapi tak juga mau dia keluar Si Haziq ni. Esh suka ea duduk kat dalam perut mama? 2 hari juga bertarung sakit akhirnya pukul 7 pagi barulah Moha dimasukkan ke bilik bersalin. Yang bagusnya di bilik bersalin kat situ cuma untuk seorang pesakit saja. Suami boleh masuk untuk beri sokongan. Jadi dapatlah suami Moha masuk meneman Moha kat dalam tu.
Tengah menunggu proses bersalin tu, boleh pula Moha tertidur. Mungkin sebab malam sebelumnya tak tidur langsung, pagi tu mengantuk bagai apa. Dalam keadaan mamai tiba-tiba masuk beberapa orang doktor pakar lelaki untuk tengok keadaan Moha. Suami Moha disuruh keluar sekejap. Masa tu Moha dah tak peduli apa. Lantaklah doktor nak buat apa. Janji baby selamat. Tapi sebab mengantuk sangat masa tu, Moha tidur tak sedar apa yang diorang buat.
Moha punya mengantuk masa tu tak boleh bawak bincang punya. Sampai tergelak jugalah nurse kat situ tengok Moha. Yang buat Moha terjaga bila sakit belakang makin kuat. Macam nak tercabut pinggang ni dibuatnya. Rupanya baby dah bersedia nak keluar. Tapi sebab takde pengalaman lagi kan, proses yang ni pun susah buat Moha. Sampai nurse cakap baby lemas kalau tak keluar juga. Nanti kena ceaser. Dengar macam tu, entah mana datang tenaga, Moha push sekuat tenaga. Alhamdulillah, 12.30pm baby keluar juga. Tapi tak bersuara! Lepas tunjuk kat Moha jantina dia, terus nurse bawak baby lari nak selamatkan dia. Suami turut keluar sama.
Moha punya susah hati kat dalam bilik tu tak tau nak kata. Risau keaadaan baby. Langsung tak rasa sakit dah walaupun masa tu luka bersalin sedang dijahit tanpa bius. Mengantuk semua hilang. 3 jam waktu berehat terasa sangat lama. Waktu Moha nak ditolak keluar dari bilik bersalin ke katil asal dengan katil beroda tu, barulah baby diletakkan di kaki Moha. Walau tak dapat tengok muka dia. Tapi rasa lega sangat dapat rasa hangatnya badan dia. Syukur sangat dia tak apa-apa.
Dah pindah ke katil asal, barulah Moha dapat pegang dia. Moha perhati semua tentang dia. Jari-jari dia runcing. Kuku dia panjang. Kulitnya cerah tapi dah mengelupas. Kepalanya agak lonjong. Rambutnya panjang, halus dan lebat. Alhamdulillah, syukur tak terhingga.. akhirnya penantian berakhir juga. Haritu bermulalah perjalanan hidup Moha sebagai seorang ibu.
Pukul 4pm waktu doktor datang kat katil Moha, dia seolah-olah dapat membaca apa yang ada di fikiran Moha. "Ibu mesti tak sabar nak balik kan? Kalau saya bagi balik harini nak?" Wah.. seronok rasa!! Yelah, esok nak raya tau. Teruslah cakap nak! Hahaha.. kalau tak, nampaknya dengan suami, dengan mak, dengan abang Moha semua kena beraya kat hospital la jawabnya. Huhuhu..
Sekarang Haziq dah besar. Dari ukuran kaki sebesar 2 jari mama, dah 28 sm ukuran kakinya sekarang. Tinggi pun dah melebihi dari mama. Dah jadi anak bujang. Dah boleh bawak bincang. Terima kasih Haziq sebab jadi anak yang baik. Maafkan mama sebab tak buat kek untuk Haziq. Maafkan mama sebab tak buat jamuan khas untuk Haziq. Terima kasih sebab tak minta semua tu dari mama dan papa. Tapi sebagai ganti kita jalan-jalan la sambil cari hadiah untuk Haziq.
Mama doakan agar Haziq menjadi anak yang soleh, diberikan kesihatan yang baik, dilimpah-ruahkan rezeki, berjaya di dunia dan di akhirat, dilindungi olehNya selalu dari segala kemudaratan. Aamiin..
1 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete