Advertisement

ZAKAT PENGELUARAN WANG KWSP




Assalamualaikum....

Alhamdulillah, sejak pandemik ni, kerajaan dah meluluskan pengeluaran akaun KWSP melalui i-Lestari dan i-Sinar. Dapatlah juga menampung perbelanjaan bagi mereka yang terjejas pendapatannya disebabkan Corona-19 ni.


Cuma persoalannya, adakah diwajibkan zakat keatas pengeluaran wang KWSP ni? Hurmm...


Seperti yang kita maklum, wang KWSP ialah wang yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja hasil caruman pekerja dan majikan daripada pendapatan seseorang daripada pekerjaannya yang tertakluk di bawah akta KWSP.

Konsep wang simpanan di KWSP adalah sama seperti wang simpanan lain. Cuma tidak boleh dikeluarkan sesuka hati seperti akaun simpanan biasa. Oleh kerana konsepnya sama, maka zakat diwajibkan keatasnya.


Wang ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur 50 dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur 55/60 iaitu umur pencen atau bersara. Selain daripada pengeluaran berdasarkan faktor umur, ianya juga boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat –syarat dibawah pelbagai Skim Pengeluaran KWSP.

Wang yang masih tersimpan di dalam akaun KWSP pencarum terlepas daripada kewajipan zakat kerana ia tidak mencukupi salah satu syarat wajib zakat iaitu syarat milik sempurna.

Errr.. Maksudnya apa ea?

Camni... Syarat milik sempurna tidak wujud kerana pencarum terikat dengan akta KWSP yang tidak membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan melainkan dalam keadaan tertentu melalui skim yang disediakan oleh KWSP. Contohnya pengeluaran sebahagian atau sepenuhnya wang caruman selepas mencapai umur pencarum 50, 55 dan 60 tahun.



Apabila wang KWSP layak dikeluarkan, maka syarat milik sempurna wujud dan pengeluaran tersebut wajib dizakatkan. Pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka sebelum umur 55 tahun, kaedah taksiran zakatnya perlu melihat kepada kewajipan zakat pendapatannya.

Kaedahnya sebagaimana berikut:

1. Jika ia adalah pembayar zakat pendapatan.

Pengeluaran KWSP wajib dizakat walaupun jumlah pengeluaran kurang daripada nisab.

2. Jika ia bukan pembayar zakat pendapatan. Jumlah pengeluaran zakat KWSP perlu dicampurkan dengan jumlah pendapatannya untuk dinilai samada melebihi nisab atau tidak.

ii. Jika melebihi nisab, ia wajib dizakat.
ii. Jika tidak melebihi nisab, zakat tidak wajib dikeluarkan.

Jadi persoalannya tadi, wajib tak bayar zakat dari pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar atau pengeluaran wang simpanan yang menepati akta KWSP?

Ok macamni.... Jika pengeluar adalah termasuk dalam golongan yang menghadapi masalah kewangan dalam situasi wabak COVID seperti hilang pendapatan, dibuang kerja dan seumpamanya, dan perlu menggunakan wang pengeluaran tersebut untuk menampung keperluan hidup, maka ia terlepas dari kewajipan zakat. Jadi, tak payahlah bayar zakat dari pengeluaran wang KWSP tersebut.

Sebaliknya, jika pengeluaran dibuat dalam keadaan bukan terdesak (saja nak keluarkan dan simpan dalam akaun lain atau untuk memenuhi keperluan yang tidak begitu mendesak), kewajipan zakat adalah tertakluk sebagaimana dalam perkara 1 dan 2 di atas. Maksudnya, kenalah bayar zakat atas wang KWSP yang dikeluarkan tadi. Jelas tak?


Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.

*Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)

2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah yang diwajibkan zakat. Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab. Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab, hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain.

* Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna)

2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu, tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP.


Dalil Wajib Zakat

Dalil Al-Quran:

وَٱلَّذِينَ يَكْنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍۢ ۝٣٤
يَوْمَ يُحْمَىٰ عَلَيْهَا فِى نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ ۖ هَٰذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنفُسِكُمْ فَذُوقُوا۟ مَا كُنتُمْ تَكْنِزُونَ ۝٣٥

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”
(Surah At-Taubah : Ayat 34-35)

“Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Jika masih kurang jelas, boleh terus rujuk di laman sesawang atau media sosial Zakat Selangor kat bawah ni ye. InsyaAllah segala keraguan akan dijelaskan oleh pihak mereka.

Instagram : @zakatselangor
Twitter : Zakat Selangor
Youtube : Zakat Selangor TV 


Post a Comment

22 Comments

  1. This is definitely a good guide for those who have want to withdraw their hard-earned money from EPF.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas ingatan. Zakat itu wajib ☺️

    ReplyDelete
  3. Baru tahu ada zakat mas apengeluaran kwsp ni. Tak banyak pun amaun dia. Hopefully yang keluarkan tu bayar la zakat untuk bantu komuniti yang memerlukan

    ReplyDelete
  4. Satu perkongsian yang baik dan perlu diketahui oleh semua yang bercadang nak keluarkan kwsp mereka.

    ReplyDelete
  5. Mudah faham dengan posting ni, nak share dengan Suami Sis.. insyaAllah selagi ada pendapatan, bersamalah kita ingat mengingati selesaikan kewajiban dengan mengeluarkan zakat..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih di atas perkongsian yang teliti dan lengkap ini. Baru saya tahu akan hukumnya dan yang mana perlu dibayar zakat. Thanks ye

    ReplyDelete
  7. I heard about this good news. But I have not withdraw KWSP from i-Lestari dan i-Sinar yet coz still thinking

    ReplyDelete
  8. Baru tau berkenaan zakat kwsp.. Tak snagka kita keluarkna kene byr zakat. Good info.. Bayar zakat pun bukan suka2.. Kongsi ssma2 org sush

    ReplyDelete
  9. siapa yang masih ada simpanan di KWSP harus tahu tentang zakat ni, bagus info nih.. kena kongsikan pada yang masih ada potongan KWSP

    ReplyDelete
  10. Menarik juga ni, mungkin ramai diluar sana yang tidak tahu lagi about zakat for pengeluarkan duit simpanan untuk masa tua ni.. Worth sharing it out..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian maklumat tentang zakat pengeluaran wang KWSP. Kadang2 kita terlepas pandang bab ni.

    ReplyDelete
  12. walaupun takmlayak sebab takder KWSP tapi bagus juga artikel ni disebarkan pada yang wajib. Yerlah duit dah banyak dalam tangan mungkin kadang terlupa nak berzakat....terima kasih mohaz atas perkongsian

    ReplyDelete
  13. Bagus info ni. Esp skrg ni mmg mudah sgt nak buat bayaran zakat

    ReplyDelete
  14. Ingatan yang sangat bagus buat semua orang

    ReplyDelete
  15. So, banyak caranya nak keluarkan KWSP tu, tak perlu tunggu RM10K kata gov tu (haha). Nice write-up dan orang Muslim wajib tau nak bagi Zakat tu, jgn pura2 lupa hehe

    ReplyDelete
  16. terima kasih atas peringatan. haritu ada baca entri sape tah, tak ingat tapi ahli KBBA juga lah tentang zakat. terus cek dan bayar. takut terlupa lagi. hahaaha~

    ReplyDelete
  17. Soal zakat ni jangan dibawa main-main. Sepatutnya benda-benda macam ni lah yang perlu dititik beratkan

    ReplyDelete
  18. keluarkan kwsp memang seronok. tapi kena ingat juga tanggungjawab kita sbg org islam. kena juga bantu mereka yg kesusahan

    ReplyDelete
  19. IQ pun baru tahu, sebelum ni tak pernah keluarkan utk tujuan lain

    ReplyDelete
  20. perkongsian yang sangat bagus kak moha. semoga ramai muslim cakna pasal zakat ni. rezeki kita dapat bukan untuk kita sorang, ada hak perlu di laksanakan

    ReplyDelete
  21. Banyak cara nak berzakat kan... Jom berzakat...

    ReplyDelete
  22. MasyaAllah.. satu perkongsian yang bagus sangat.. TB terbaca dengan asyik sekali ni.. so sesiapa yang keluarkan RM10k tu memang kena zakat laa ye?

    ReplyDelete