Advertisement

JOM MINUM SUPERCUBE MOLASSES HERBS DRINK MINUMAN HERBA TANPA KAFFEIN YANG BERKHASIAT DAN SEDAP

Assalamualaikum…. 

Baru-baru ni Moha cuba minum Supercube - Molasses  Herbs Drink. Sejenis minuman yang berasaskan molasses bersama herba terpilih dan berkualiti yang bagus untuk kesihatan. Apa yang buat Moha tertarik nak cuba minum minuman teh herba  ni, sebab khasiat dia. Antaranya untuk menambah tenaga dan memberikan tidur yang nyenyak. 

Molasses Sugar adalah bahan utama Supercube yang turut dikenali dengan nama Gula Hitam atau Japanese Black Sugar. Molasses yang digunakan dalam Supercube diproses dengan cara yang sama dan ianya dibuat di Malaysia. Jadi, proses pembuatannya dapat dipantau dengan lebih mudah. Hasil perahan tebu direbus beberapa jam sehingga likat dan kemudian dikeraskan mengikut bentuk kiub.

Apa beza molasses Supercube dengan molasses lain? Kebanyakan molasses sugar dan juga gula perang di pasaran adalah hasil gula putih yang kemudiannya dicampur kembali dengan molasses syrup yang didapati semasa proses pembuatan gula putih. Lebih banyak molasses yang dicampur lebih gelap lah gula putih tadi bertukar. Hasilnya seakan sama akan tetapi prosesnya yang berlainan. Penghasilan molasses sugar Supercube adalah semulajadi dan tidak melalui proses pembuatan gula putih. 

Kelebihan: 

Glycemic index yang lebih rendah. Glycemic index adalah kadar sesuatu menaikkan gula dalam darah. Makanan dan minuman yang menjalani proses2 adalah lebih tinggi glycemic index. Supercube adalah pembuatan natural jadi glycemic index seakan-akan madu. Supercube adalah alternatif lebih baik dari gula putih mahu pun gula perang.

Sedap dan berkhasiat. Molasses mengandungi iron, calcium, magnesium dan banyak lagi vitamin dan minerals. 

Supercube dibuat di Malaysia menggunakan bahan-bahan terbaik gred A yang ada dari Malaysia seperti halia dari Bentong dan ada yang diimport dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China. Yang pastinya Supercube ni HALAL dan bebas kaffein. 

Ada 3 kategori Supercube ni.... Meh Moha kenalkan satu-persatu.


Supercube Osmanthus & Roses ( relax and heal - help in lowering stress level & getting quality deep sleep )

Biasanya bila tengok drama fantasi sejarah China (yang ada kungfu terbang-terbang) tu, selalu tengok diorang makan kuih berasaskan bunga osmanthus ni. Terliur jugalah Moha ni dibuatnya. Hahaha… so, bila tau Supercube ada gabungan bunga ni dalamnya, wah.. lagi terujalah nak cuba! Dapat je parcel, terus buka yang ni dulu. Tak tunggu lama, Moha koyakkan satu plastik kemudian rendam satu kiub tu  dengan satu mug air panas. Sekejap je dia larut. Moha kacau-kacau sekejap, terus hirup sikit. Eh… sedaplah!! Macam air laicikang je rasa dia. Ingatkan rasa herba. Kalau sedap camni, syoklah nak minum. Kan???

Selain rasa sedap dan bau wangi yang menenangkan tu, banyak lagi khasiat dia rupanya. Bunga Osmanthus dalam Supercube ni diimport khas dari China ye. Bunga ni kecil-kecil je saiz dia. Tapi sangat berkhasiat dan digunakan secara meluas di sana sebagai minuman dan juga dalam pembuatan kuih.

Antara khasiat bunga Osmanthus ialah dapat menaikkan semangat, mengharmonikan minda dan melegakan keletihan, merangsang pemikiran dan mencegah rasa mengantuk tetapi memberikan tidur yang lena. Osmanthus juga menyihatkan serta mencantikkan mata dan kulit.

Osmanthus juga dikatakan berkesan mengawal selia endokrin, baik untuk hati dan perut, memutihkan kulit, menyingkirkan toksik, melegakan ketegangan, menyihatkan fizikal dan mental, mengimbangkan sistem saraf, melegakan sakit senggugut, mengelakkan nafas berbau, dan meningkatkan selera makan. 

Manakala bunga Ros pula digunakan secara tradisional untuk menyerikan kulit dan kecantikan, melancarkan kitaran haid, merangsang pundi hempedu dan fungsi penyejukan, melancarkan pengedaran darah dan memecah darah beku, meredakan kebimbangan dan tekanan, memperbaiki masalah tidur.

Kesimpulannya, Supercube Osmanthus dan Roses ni sesuai sangatlah untuk detoks dan untuk mereka yang ada masalah Insomnia dan senggugut.  Amalkan je minum supercube ni InsyaAllah dapat tidur dengan lena, bangun tidur rasa segar, rasa penat pun hilang. Juga dapat menenangkan perasaan dan anti stress.


Supercube Red Dates & Goji Berry ( noorish & boost - help in menstuation and pregnant mother )

Gabungan molasses sugar, goji berry dan juga kurma merah sangat bagus terutama sekali bagi wanita hamil. Minuman ini selain menambah tenaga, boleh juga menambah susu badan, menghilangkan senggugut,  juga sesuai diminum ketika dalam pantang selepas bersalin. 

Pernah suatu ketika Moha ditegur seorang lelaki berbangsa cina. Katanya kulit Moha terlalu pucat. Dia sarankan Moha minum air rebusan kurma merah. Menurutnya, bagus untuk melancarkan peredaran darah.

Moha pun cubalah cari kat Google apa khasiat kurma merah ni. Wah.. tak sangka banyak juga khasiatnya. Antara yang menarik perhatian Moha,  kurma merah dikatakan dapat mencegah anemia, menambah tenaga, membantu melindungi hati, mengurangkan kolesterol dan mencegah barah. Juga baik untuk insomnia.

Goji Berry pula mempunyai kepekatan protein tertinggi berbanding buah lain. Mengandungi sebatian anti-radang, anti-bakteria semula jadi, rendah kalori, bebas lemak, sumber serat yang baik dan makanan tinggi antioksidan serta meningkatkan fungsi imun dan melawan kanser. Juga menyihatkan kulit dan mata. Selain itu, Goji Berry turut membantu menstabilkan gula dalam darah dan menyahtoksin hati. Esh banyak lagilah khasiatnya kalau di google. 

Cop-cop!!! Bukan perempuan je boleh minum yang ni.. lelaki pun boleh je minum tau. Masih tetap dapat manfaatnya. 

Ok, ni Supercube yang kedua. Yang ketiga pulak… 

Ginger & Lavender (calm and soothe - help in soothing body and mind )

Mula-mula Moha buka plastik yang membaluti kiub halia dan lavender ni, terus hidung ni dapat bau lavender. Taburan bunga lavender di atas kiub tu sememangnya menarik perhatian Moha untuk merasainya. Terus je tuang air panas dan kacau rata… Moha hiruplah sikit. Ooooo... walaupun ada campuran halia,  tapi taklah rasa sangat kepedasan halia tu. Yang bestnya lepas minum masih terbau lagi haruman lavender dalam mulut.  Tenang je rasa…

Kebiasaannya kalau perut rasa tak selesa, sebu camtu atau terasa loya bila tak sihat... Moha suka minum air rebusan halia. Minum suam-suam camtu, Kalau terlebih sangat letak halia, rasalah pedas sikit airnya. Jenuh pulak nak tambah madu..huhu.. tapi lepas minum, InsyaAllah rasa legalah masalah sebu tu semua. Cuma makan masa la juga nak menyediakan air rebusan tu. Nak kupas kulit halia, nak hiris-hiris.. nak tunggu mendidih lagi.. hurm.. 

Ni dah ada Supercube, lagi senanglah jawabnya! Cuma koyakkan plastik, masukkan dalam cawan dan tuang air panas. Tak sampai 5 minit dah boleh minum. Sedap pun sedap.. tak terlalu pedas, tak terlalu manis.. sedang elok kata orang. Ala.. macam minum laicikang je rasa dia. Sedaplah tu..

Bagi yang suka minuman detoks tu, eloklah ambil yang ni. Boleh melegakan sakit perut yang meragam, buang angin dalam badan, menyegarkan dan menghilangkan rasa lesu dan letih badan.

Tau tak?? Halia yang digunakan dalam Supercube ni tidak lain melainkan Halia Bentong yang terkenal dan mendapat permintaan yang tinggi samada di dalam mahupun luar negara kerana mengandungi serat yang tinggi dan jus yang lebih banyak. 

Khasiat utama Halia Bentong ialah dapat membantu melancarkan sistem penghadaman, membuang toksik disamping melansingkan badan. Apabila sistem penghadaman dah baik, sistem imun juga akan menjadi lebih kuat. 

Selain itu, halia juga dapat menstabilkan kolestrol dalam darah dan dapat mengelakkan simptom awal strok dan serangan jantung..

Lavender pula mengeluarkan aroma tersendiri yang sering digunakan sebagai aroma terapi anti stress bagi memberikan rasa tenang, mengubati insomnia dan menghilangkan rasa sakit kepala. Juga bagus sebagai pelembab dan merawat kulit kering dan gatal. Kaya dengan anti oksidan yang membantu mencerahkan dan melembabkan kulit, meremajakan kulit, juga memudarkan parut jerawat dan luka kerana mempunyai kandungan 'cicatrisant' dan 'cytophylatic'.

Teringin nak minum? Boleh je beli online atau dari wakil jualan Supercube. Kalau kat media sosial, taip je #supercube, nanti jumpalah.. kalau tak pasti, boleh rujuk website dan media rasmi Supercube sendiri yang Moha tuliskan kat bawah ni. Moha dah cuba.. dah rasa pun kesannya. Bestnya tidur lena… korang pun cubalah. 

Web Supercube : Supercube – Molasses Herbs Drinks.

Facebook : Supercube.HQ

Instagram : Supercube.HQ



Post a Comment

17 Comments

  1. Yeayy... alhamdulillah.. Terima kasih...

    sedap kan semua..

    Those yg nak cuba mana satu suitable dengan korang jemput wasap or tgk fb Bell ya

    www.wasap.my/60132008017/scb

    ReplyDelete
  2. Kita pon dah cuba. Mmg best nak2 ang halia tuuu ..

    ReplyDelete
  3. Bnayak kelebihan dia kan kak..Memnag bagus untuk kesihatan..Kita dh minum...sedap

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik kerana mengandungi banyak bahan

    ReplyDelete
  5. Teruja nengok jenis tea cube gini.. yang terfikir mudah kalau bawa pi travel aje.. sebab dia jenis cube.. ingat nak cuba jugalah, sebab terasa-rasa tea roselle tu haaa

    ReplyDelete
  6. Tea bunga herba ni sekarang sangat popular untuk kesihatan, nanti boleh cuba produk nih nampak menariklah

    ReplyDelete
  7. Tak tahu pula bunga Osmanthus ni ada dalam makanan orang cina. Thanks for sharing this

    ReplyDelete
  8. Tengok pada khasiat teh mmg banyak kelebihannya. Plg ptg bagus utk kesihatan

    ReplyDelete
  9. Senang lah kan ada supercube Molasses ni. Selain khasiat yg bagus, dia macam terapi juga sebab bau wangi. Macam nak try

    ReplyDelete
  10. Dari first time dengar, saya duk tertanya-tanya apa benda osmanthus tu. Oo, rupanya bunga. Menarik, especially bila dicampur dgn rose.

    ReplyDelete
  11. Menarikla kiub minuman tea ni dia letak sekali tumbuhan tu. Bella nak try la untuk tambah sihat.

    ReplyDelete
  12. bagus yer semua variety ketiga-tiga produk ni. rasa nak cuba jugak lah. thanks sharing kak moha

    ReplyDelete
  13. didnt know about this brand until reading here, so easy convenient to drink hearbal drink now, thanks & gonna order some to try, tempting for the red dates cube. cheers,siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  14. rasa dia best tak berat .. dan tak rsa minum herba pun .

    ReplyDelete
  15. These tea cubes look very beneficial and innovative. Can’t wait to buy one box for myself!

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing! Chun chun I am looking for tea! Would love to try this!

    ReplyDelete
  17. Hi! Saya wakil Jualan supercube... Siapa yang nak order atau tahu lebih lanjut sepercube ni boleh View ig @supercube.suha

    ReplyDelete