Advertisement

KESAN PENGAMBILAN LIVEON


Assalamualaikum....


Sejak dah masuk umur 40-an ni, Moha mula rasa perubahan pada diri sendiri. Sekarang ni selain berat badan yang semakin bertambah, tahap kesihatan mula merosot sedikit. Antara yang paling ketara adalah susah nak tidur, kerap migrain dan selalu rasa kebas terutama di tangan. Rasa kebas ni Moha akan rasa bila buat kerja yang memerlukan genggaman tangan.  


Misalnya bila pegang pisau nak potong sesuatu, pegang gunting, pegang pen masa menulis atau bila Moha pegang jarum nak mengait. Rasa kebas tu betul-betul merimaskan dan menyakitkan. 

Bila rasa kebas, terpaksalah Moha berhenti buat kerja sehingga rasa kebas tu hilang. Bukannya cepat dia nak hilang. Kadangkala hampir satu jam! Aduhai.. memang lambat nak siapkan satu-satu kerja. Itu baru tangan. Ada masanya bila bangun dari duduk dan mula berjalan, lutut terasa sengal dan tumit kaki terasa sakit bagai dicucuk jarum. Aduh.... Sakit oiii! Macam tua sangat pulak dah rasanya.

Tak tahan punya pasal, Moha cubalah ikhtiar minum LIVEON. 1 sachet sehari iaitu sejenis minuman botani anti-penuaan, antioksidan dan anti-Glycation yang siap diminum dari pelbagai ekstrak tumbuhan semula jadi seperti campuran buah-buahan seperti kiwi, manggis, malberi, tembikai susu wangi,  ekstrak  kulit kayu pinus dan pelbagai lagi dengan teknologi yang dipatenkan.  

Produk LIVEON telah melalui proses kajian anti-penuaan dan antioksidan selama 13 tahun dan telah pun mendapat pengiktirafan termasuklah kelulusan dari KKM dan NPRA, kelulusan halal JAKIM  dan turut dilindungi insuran rawatan oleh KURNIA sehingga RM3 juta.



Sedap ke rasa LIVEON? Pada Moha, LIVEON ni rasanya macam gabungan buah beri. Ada sedikit masam, manis dan hujung-hujung tu adalah rasa pahit sikit. Sikit je..  Takde masalah lah nak minum. Sekejap je boleh habis satu sachet tu. Sambil-sambil buat kerja pun boleh minum. Koyakkan je sachet tu dan terus minum. Mudah sangat! Jadi, orang yang super-duper busy pun dah tak boleh bagi alasan takde masa nak minum LIVEON. Esh.. nak sihat kan? 

Antara faedah yang boleh didapati dari LIVEON ni adalah : 

  • Menguatkan sistem kekebalan tubuh 
  • Merangsang sel-sel otak  
  • Meningkatkan kualiti tidur 
  • Mencegah penyumbatan saluran darah 
  • Mencegah kedutan & bintik-bintik gelap di kulit
  • Meningkatkan metabolism & memulihkan tenaga 

SIAPA YANG SESUAI AMBIL LIVEON?

LIVEON ni sesuai untuk mereka  yang berusia 12 tahun keatas dan  mempunyai banyak tekanan oksidatif dalam badan kerana faktor dalaman dan luaran seperti tekanan, pemakanan dan diet tidak sihat, sistem imun yang lemah, asap rokok, minum alkohol dan pendedahan kepada toksin dan bahan pencemaran, mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk, sering terdedah pada cahaya matahari, kurang tidur dan bagi mereka yang mengambil berat akan penjagaan kulit mereka.

CARA PENGAMBILAN LIVEON

Hanya ambil 1 sachet sehari, koyakkan sachet dan terus minum. Sangat disyorkan untuk mengambil LIVEON 30 minit sebelum makan untuk kesan yang terbaik. Jangan risau..  setakat harini Moha tak rasa pun sebarang kesan sampingan yang berlaku akibat pengambilan LIVEON ni. 

BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM LIVEON

LIVEON mengandungi pelbagai jenis buah dan tumbuhan semulajadi yang mengandungi khasiat tertentu termasuklah 4 bahan utama yang telah diiktiraf oleh 4 buah negara seperti: 

SOD ~ Tembikai Wangi (Cantaloupe)

Juga dikenali sebagai Rock Melon atau Tembikai Susu Wangi. Antara kebaikan dan manfaat yang boleh didapati dari buah tembikai wangi untuk kesihatan termasuklah:

  • Karotenoid: antioksidan kuat yang membantu mengekalkan fungsi mata yang sihat.
  • Folat: penting untuk pertumbuhan dan pemeliharaan sel yang sihat di dalam badan.
  • Vitamin C: terbukti dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, serta memberi kulit yang sihat, menguatkan tisu, dan meningkatkan fungsi otak yang sihat.
  • Kalium: mineral penting untuk fungsi jantung yang sihat. Kekurangan kalium boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur.
  • Vitamin A: penting untuk gigi, kulit, tulang, dan membran mukus yang sihat.

SuperOxide Dismutase bioaktif yang terhasil dari tembikai wangi merupakan antioksidan terkuat yang dapat melambatkan proses penuaan dan  terbukti secara klinikal dapat mengurangkan selulit yang kelihatan pada paha selepas 28 hari pengambilan suplemen yang berasaskan SOD. 

SOD B Dimpless adalah satu-satunya bahan aktif dengan tindakan sinergi yang ditunjukkan secara saintifik terhadap kedua-dua serat kolagen fibrosis dan hipertrofi sel lemak, yang dikenali sebagai dua penyebab utama perkembangan selulit.

PUREDIA SEABERRY

Puredia Seaberry merupakan ekstrak buckthorn laut yang dianggap sebagai salah satu tumbuhan antioksidan yang paling berkesan membantu mengaktifkan pertumbuhan sel kulit.. Ia kaya dengan proanthocyanidins, flavonoids dan polifenol, dan kapasiti antioksidannya adalah 70 kali lebih kuat daripada vitamin C. 

Omega 7 yang terkandung di dalamnya adalah asid lemak tak tepu  yang pertama kali ditemui oleh saintis di Harvard Medical School pada tahun 2008. Para penyelidik telah menunjukkan bahawa Omega 7 berkesan dalam mencegah penyakit kardiovaskular, pengumpulan kolesterol dan deposit lipid dalam saluran darah, selain merangsang pertumbuhan semula membran mukus di dalam tisu okular, oral, pernafasan, usus, faraj dan kulit.

ENZOGENOL ~ EKSTRAK KULIT KAYU PINUS

Pokok pinus terkenal dengan  aromanya yang menyegarkan. Sering digunakan dalam produk untuk terapi. Namun begitu, ia juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Penelitian di Universiti Kyoto, Jepun  menunjukkan bahawa berjalan-jalan di hutan pinus selama 15 minit sehari mampu menurunkan tekanan dan mestabilkan emosi. Turut dikatakan, ianya  mampu mengatasi masalah sinus, sesak nafas, dan ronchitis.


Pada tahun 1940-an saintis Perancis menemukan bahawa kulit pohon pinus dan daun jarumnya mengandung banyak vitamin C  dan juga antioksidan, iaitu flavonol dan bioflavonoid.Hasil ekstrak kulit kayu pinus menjadi Pycnogenol dan dipasarkan menjadi suplemen diet. Pycnogenol juga digunakan sebagai ubat jet lag, melancarkan peredaran darah, pelega sakit lutut, melegakan senggugut, bahkan sebagai salah satu rawatan untuk meningkatkan memori pada warga emas.

SIRTMAX ~ KUNYIT HITAM

Antara kandungan bahan aktif yang terdapat di dalam tumbuhan Kunyit Hitam ini adalah Curcumin. Kajian telah menujukkan bahawa Kunyit Hitam (Curcuma Caesia) mengandungi nilai konsentrasi Curcumin yang paling tinggi di rekodkan berbanding spesis tumbuhan lain dan ia juga mengandungi nilai antioxidan serta nilai anti-inflammatory yang sangat kuat. 

Flavonoids adalah anti penuaan, melindungi sel-¬sel daripada radikal bebas yang meningkatkan risiko penyakit jantung, obesiti, diabetik dan mencegah pelbagai penyakit cara hidup/kronik. Mengurangkan risiko penyakit jantung, terutamanya atherosclerosis-pengerasan arteri.  

Flavonoids bertindak dengan menghalang pembentukan enzim penting. Bagaimanapun, penyelidik berkata trik dalam penggunaan flavonoids sebagai pra-rawatan dan bukannya menggunakan mereka dan dadah chemotherapeutic serentak, kerana flavonoids boleh bertindak sebagai anti oksidan dan pengambilan anti oksidan tambahan pada hari yang sama dengan ubat-ubatan chemotherapeutic boleh menafikan kesan ubat-ubatan tersebut.

Penyelidik juga mendapati bioflavonoid mengurangkan kekerapan (hot flash) dalam pra menopause dan putus haid wanita, boleh menghalang osteoporosis dan meningkatkan kekuatan tulang, mengurangkan risiko keretakan tulang pada wanita dengan meningkatkan kepadatan mineral tulang secara ketara. Juga mengurangkan keradangan arteri dan pelekatan molekul yang menyebabkan pembentukan plak dalam arteri.

Banyak penerbitan jounal antarabangsa juga memperakui bahawa Kunyit Hitam mempunyai  1001 khasiat termasuk berpotensi dalam mengawal kencing manis, mencegah atau merawat penyakit otot, memperbaiki fungsi otot serta mengawal berat badan. Bahan aktif Methoxyflavon yang terdapat dalam kunyit hitam bertindak dalam tubuh manusia bagi membantu, merawat dan memulihkan pelbagai penyakit.


KESAN PENGAMBILAN LIVEON

Selepas beberapa hari Moha amalkan minum LIVEON setiap hari, rasa kebas di tangan Moha semakin berkurangan. Sukanya rasa hati ni bila Moha dapat mengait lebih lama dari sebelum ni. Sakit di lutut juga rasa lebih lega. Kalau dulu setiap kali bangun dari duduk rasa sengal, sekarang dah jarang rasa sakitnya. Oh, ya! Satu lagi yang Moha perasan, Moha tak cepat rasa penat macam sebelum ni Badan rasa lebih bertenaga masa buat kerja. Part paling best, parut jerawat pun hilang! Suka! Suka! Heee…

Ok, pada korang yang nak cuba LIVEON ni.. boleh terus hubungi wakil jualan mereka atau jika nak tahu lebih lagi pasal LIVEON ni, lawati laman sesawang dan media social LIVEON yang Moha tuliskan kat bawah ni ye.  

Website : WELLOUS 

Facebook : WELLOUS MALAYSIA 

Ambassador : Lynn Lim  






Post a Comment

1 Comments

  1. tu la kannn kak,dah berumur ni kena la jaga kesihatan lebih skit....nampak bagus produk ni...

    ReplyDelete