Assalamualaikum....Oleh sebab suami asyik mengadu mata tak berapa terang bila memandu atau menonton tv, kemudian cermin mata yang sedia ada pun dah longgar, Moha pun ajaklah dia pergi buat cermin mata yang baru.
Yelah, kita ni risaulah.. kan bahaya penglihatan tak jelas masa memandu. Lebih-lebih lagi bila hujan lebat. Jangankan dia, Moha pun tak nampak jalan bila keadaan macamtu.
Tertarik dengan perkongsian rakan blogger, Moha pun ajak suami ke Optom Eyecare di Bandar Baru Bangi. Masuk je kami ke dalam kedai Optom Eyecare ni, terus disambut mesra oleh Encik Firdaus, salah seorang Optometris di situ.
Di sini mereka lebih menumpukan kepada perkhidmatan klinikal disamping menjual pelbagai jenama terkenal cermin mata seperti Lee, Rayban, Bonia, Sembonia, Alain Dellon dan lain-lain. Pendek kata, kepakaran Optom Eyecare lebih kepada sistem penglihatan.
Untuk yang selalu buat aktiviti lasak tu, frame cermin mata yang tahan lasak pun ada!!
Di sini, kita boleh buat pemeriksaan mata secara menyeluruh dan pada masa yang sama boleh buat cermin mata yang lebih sesuai dengan tahap kesihatan mata kita.
Jadi jangan hairan jika datang ke kedai ini korang tak nampak pun banyak cermin mata macam kedai-kedai cermin mata yang lain. Tapi lebih serupa macam datang klinik. Ada tempat duduk yang sangat selesa untuk pengunjung sambil menonton tv sementara menunggu giliran atau mendengar penjelasan dari kakitangan Optom Eyecare berkenaan produk dan perkhidmatan mereka.
Setelah mendengar penerangan, baru Moha tau pentingnya buat pemeriksaan mata secara menyeluruh dan pakai cermin mata yang betul-betul sesuai dengan tahap kesihatan mata kita. So takdelah nanti lepas buat cermin mata baru, mata rasa tak selesa pulak lepas pakai beberapa jam. Ataupun pakai sekejap je cermin mata tu pastu buka balik sebab mata jadi pedih dan kepala jadi sakit. Rupanya power tak ngam dengan mata. Aduiii.. ruginya!
Di Optom Eyecare ni, kita akan jalani ujian mata di sebuah bilik khas. Jangan terkejut pula bila tengok ada 4 alatan/mesin khusus untuk pemeriksaan mata disamping peralatan lain yang sama terdapat di klinik mata sebenar tidak seperti kedai-kedai cermin mata yang lain.
Ujian pertama adalah di mesin Autorefractor iaitu mesin yang digunakan untuk mengukur bagaimana cahaya diubah ketika memasuki mata. Proses ini lebih cepat dan tidak menyakitkan. Kita cuma duduk dan meletakkan dagu dengan selesa. Kemudian gambar yang terdapat di dalamnya bergerak masuk dan tidak fokus ketika mesin mengambil bacaan untuk menentukan bila gambar berada di retina. Tiada interaksi diperlukan semasa proses ini berlangsung.
Kemudian kita dibawa pula ke mesin Phoropter (atau phoroptor) iaitu mesin yang digunakan semasa pemeriksaan mata untuk mengukur kesalahan pembiasan dan menentukan power cermin mata. Biasanya, kita duduk di belakang phoropter dan melihatnya di carta mata. Optometris kemudian menukar lens dan tetapan lain, sambil meminta maklum balas kita mengenai tetapan mana yang memberikan penglihatan terbaik.
Selepas memeriksa power mata di mesin semi auto mekanikal ini, kita akan dibawa ke mesin ketiga iaitu mesin diagnostic untuk memeriksa samada mata kita mempunyai masalah yang berkaitan dengan kencing manis, darah tinggi ataupun glaukoma yang boleh menyebabkan mata menjadi buta.
Glaukoma adalah kerosakan saraf mata akibat meningkatnya tekanan pada bola mata. Hal ini terjadi akibat gangguan pada sistem aliran cecair dalam mata. Kerosakan mata yang kebih teruk akibat glaukoma dapat dicegah jika dapat dikesan lebih awal.
Akhir sekali pemeriksaan di Slit Lamp iaitu mikroskop dengan cahaya terpasang yang membolehkan pemeriksa memeriksa mata dengan teliti. Alat ini digunakan untuk melihat struktur mata seperti kornea, iris, dan lensa.
Kamera retina pula digunakan untuk memotret bahagian belakang mata, termasuk retina. Ia digunakan untuk mendokumentasikan penyakit mata. Kamera retina akan menghasilkan kilatan terang semasa gambar diambil. Dari gambar yang diambil dapat memastikan salur darah mata dalam keadaan yang baik atau sebaliknya. Ini membolehkan pakar oftalmologi (doktor mata) melihat dengan teliti struktur di bahagian depan dan dalam mata terutama retina dan mengenalpasti masalah atau kelainan pada mata kita seperti Retinopati Diabetik.
Retinopati Diabetik ialah kerosakan pada retina disebabkan komplikasi Diabetes. Retinopati diabetik terjadi akibat dinding salur darah yang lemah, menyebabkan berlaku kebocoran lemak dan penyumbatan kapilari. Ia boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta.
Sekiranya terdapat tanda-tanda katarak di kesan ada pada mata kita, mereka akan memberikan saranan yang terbaik bagaimanakah cara yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut. Jika memerlukan pembedahan, pihak mereka akan merujuk kes kita ke Oftalmologi untuk tindakan seterusnya.
NAK REKA FRAME CERMIN MATA SENDIRI?
Di Optom Eyecare Bangi ni, selain menyediakan pemeriksaan kesihatan mata yang menyeluruh dan juga bingkai cermin mata yang lain, kita juga boleh menempah bingkai cermin mata khas (Bespoke frame) mengikut kesesuaian bentuk muka kita supaya lebih selesa dipakai sepanjang masa.
Dengan aplikasi yang mereka ada di bilik rundingan khas ni, terdapat lebih daripada 30 point pada bingkai kacamata yang boleh diubah mengikut ukuran bentuk muka kita. Jadi kita boleh tengok di monitor bagaimana rupa kita semasa memakai cermin mata yang kita pilih.
Setiap orang kan ada citarasa tersendiri. Mungkin kita nak warna dan design cermin mata tertentu ke, nak sebelah lain sebelah lagi lain ke, nak kaki frame tinggi sebelah ke.. nak frame yang tak mengembangkan tudung masa pakai cermin mata tu ke.. semua boleh saja. Cuma ambil masa sikitlah nak siapkan cermin mata tu ye. Tentang kos, jangan risau, masih jauh lagi murah berbanding kedai lain.
Wah.. seronoknya dapat pakai cermin mata eksklusif design sendiri dan betul-betul ngam dengan muka. Tak payah nak test satu persatu cermin mata yang ada kat kedai lagi dah. Sampai tak tahu nak pilih cermin mata yang mana satu..ngee..
Kanta cermin mata ada 3 pilihan samada standard, intermediate atau premium.
Kalau nak yang Transitions Signature boleh bertukar warna bila kena panas pun ada juga. Boleh pilih antara 7 warna yang ada kat sini.
BILIK RUNDINGAN
Bilik Tulips ini disediakan bagi memberikan keselesaan dan juga privasi kepada pelanggan untuk rundingan seterusnya selepas pemeriksaan mata dijalankan. Yang menariknya, mereka juga menyediakan ruangan untuk pelanggan yang menggunakan kerusi roda. Bagus kan?
Bukan premis je cantik tersusun kemas dan rapi, perkhidmatan dan layanan staff pun terbaik kat sini.
Hasil pemeriksaan, mata suami dah bertambah power dia dan dah mula rabun dekat. Jadi dia pun dah tempah cermin mata rabun jauh dan dekat tambah silau sekali. All in one la kaedahnya. InsyaAllah minggu depan boleh siap. Harap selepas ni takdelah merungut tak nampak lagi ea. Hihi... Moha pulak, dah bertambah rabun dekat juga.. well, umur pun dah masuk 40-an, kira memang standard la tu.. huhu...
Korang pun boleh datang sini juga untuk buat pemeriksaan mata. Jangan risau.. kadar bayaran yang ditetapkan pun sangat berpatutan... masih dalam kategori mampu bayar.
Kat bawah ni Moha sertakan details untuk korang rujuk...
i. Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️9AM-8PM
iii. IG & page Optom Eyecare Bangi:
*👁️🗨️PM DIRECT*
wasap.my/601111479093
📞01111479093
Oh ye! Jangan lupa jawab soalan ni kalau nak dapatkan UV420 LENS ni. Terhad untuk 1000 penyertaan pertama je tau.
1 Comments
Menarik boleh custome. Boleh buat spek yang tak kembangkan tudung.
ReplyDelete