Advertisement

Jaga Kebersihan Badan dengan Gel Mandian Tanah Liat AZYMA CARE


Assalamualaikum..

Sekarang ni cuaca agak panas. Duduk kat dapur sekejap je pun boleh berpeluh. Fuh.. memang tak tahan. So, lepas siap je memasak, memang terus mandilah jawabnya. Lebih-lebih lagi tengah pandemik sekarang ni. Memang penting sangat jaga kebersihan diri.  Sebagai langkah berjaga-jaga, selain menggunakan hand sanitizer, Moha sekeluarga juga menggunakan Clay Body Wash Azyma Care untuk mencuci tangan dan membersihkan seluruh badan semasa mandi. Uish.. lega dan segar je rasa badan lepas tu. 

Bau Gel Mandian Tanah Liat Kaolin AZYMA CARE dengan Formulasi Terbaharu ni memang best. Badan terasa lebih segar dengan gabungan haruman ektrak bahan botani.


5 BAHAN UTAMA

Tanah Liat Kaolin - Tanah Liat Kaolin asli yg bermutu tinggi khusus untuk penjagaan kesihatan semua jenis kulit. Juga mampu menyerap lebihan minyak di kulit muka dan badan menjadikan kulit lebih halus dan lembut.

Chamomile - Chamomile secara semulajadi menjadikan kulit yang terasa lembut, bersih, sihat, dan juga boleh melegakan keradangan pada kulit.

Lavendar Oil - Aroma kesegaran lavender memberi kesan yang menyenangkan pada tubuh dan secara semula jadi melegakan ketegangan.

Timun - Mengekalkan penghidratan air dalam kulit dan membantu badan membuang toksin secara semulajadi dan mengekalkan kulit yang sihat.

Lidah Buaya - Termasuk beta karotena, vitamin C dan E yang boleh membantu meningkatkan kesihatan semula jadi kulit dan mengekalkan kesegaran kulit dari terhidrat.


Sesuai dengan tagline yang ada di botolnya “BODY ODOR REMOVER”, bau badan memang terbukti hilang selepas menggunakannya. Maklum jelah bila badan dah berpeluh tu kan, lagi-lagi kalau lepas memasak tu.. melekat segala bau sambal dan sebagainya bercampur pula dengan bau peluh.. esh.. Moha sendiri pun tak sanggup bau, apatah lagi orang yang duduk di sebelah.. jadi lepas guna gel mandian Azyma Care ni, takdelah risau lagi pasal bau badan. Malah terasa lebih segar.


5 KELEBIHAN AZYMA CARE CLAY BODY WASH

Antara kelebihan Azyma Care Clay Body Wash ni,

  1. Mencerahkan kulit 
  2. Melembabkan kulit 
  3. Menghilangkan parut kudis dan luka
  4. Menyembuhkan luka, menghilangkan rasa gatal dan melegakan rasa gatal/sakit akibat gigitan serangga
  5. Menghilangkan masalah bau badan secara efektif

Azyma Care Clay Body Wash merupakan produk hasil keluaran syarikat 100% bumiputra Islam di Malaysia dan mempunyai Ahli Penasihat Syariah yang nemantau perjalanan dan produk syarikat bagi memenuhi piawaian halal dan berlandaskan syarak serta mendapat pengiktirafan dari pakar kulit dan mendapat "Dermatologist Tested", "Mild and Gentle" dan "Suitable For Sensitive Skin".


MASALAH KULIT SENSITIF DAN GATAL

Setiap kali berpeluh, jika Moha lewat mandi pasti akan timbul ruam di kawasan tertentu kulit Moha. Kulit Moha memang jenis nipis dan mudah luka. Bila terkena ruam gatal ni, nak garu sangat tak boleh. Nanti kulit luka, jika luka bertambah pula rasa pedih. Sudahnya ruam makin merebak dan luka lambat sembuh. 

Sebab tu Moha suka guna Azyma Care Clay Body Wash ni. Bila kulit terasa gatal je, Moha akan sapu sedikit body wash ni di kawasan gatal tu dan biarkan sekejap sebelum dibilas bersih dengan air. Hasilnya, rasa gatal tu pun hilang dan ruam berkurangan. 

Sama juga kesnya bila Amsyar kena gigit nyamuk. Dia ni suka main di luar. Pantang betul bila tengok kita menyapu di laman. Masa tu jugalah dia nak join sama. Ha memang jadi mangsa gigitan nyamuklah! Mulalah merengek gatal sana gatal sini. Jadi solution terpantas nak hilangkan rasa gatal tu, Moha mandikan je dia dengan body wash ni. Dia pun suka sebab buih sabun tak memedihkan mata dia selain dapat menghilangkan rasa gatal gigitan nyamuk tu.

Walaupun sekarang ni kita duduk di rumah je, jangan ingat tak perlu mandi ye! Zaman sekarang ni kita tak tau apa jenis kuman yang ada dalam udara, debu dan sebagainya. Kalaulah kita boleh nampak kuman-kuman tu dengan mata kasar kita ni, huh.. tak taulah nak kata apa! Tambah dengan masalah Covid-19 ni, lagilah kena jaga kebersihan diri. Jadi, rajin-rajinlah mandi. Nak lagi bersih, gunalah Gel Mandian Tanah Liat Azyma Care. Confirm  puas hati!




INGIN MENJADI USAHAWAN ONLINE DENGAN PENDAPATAN TANPA HAD??? 

Anda tiada sebarang modal? atau
Anda mempunyai sedikit modal? atau
Anda ingin mencari wang tambahan? atau
Anda mencari pekerjaan sampingan? atau
Anda ingin menceburi bidang perniagaan sepenuh masa?

Jika jawapannya 'YA', anda patut hubungi 010-5550647 (Faten) dan 03-27026593 & 03-27026592 (waktu pejabat sahaja)

Basic + Commission tanpa had.

Bahan pemasaran, Handphone dan latihan disediakan. 

Layari www.azymacare.com



Post a Comment

8 Comments

  1. Body wash Azyma Care memang best. Bau badan memang akan hilang dan badan akan rasa fresh je lepas pakai. Sebab dah try tu berani nak komen. Recommended ‼️

    ReplyDelete
  2. suka , memang berbaloi beli dan gunakan untuk 1 family, dah try juga

    ReplyDelete
  3. menarik tu .. boleh berniaga dengan Azyma .. kena rajin berusaha, kan kak ..

    ReplyDelete
  4. Bagus produk ni. Pernah guna juga Masa ada masalah gatal2 Kat kulit.

    ReplyDelete
  5. Bestkan... Lin pun dah guna... Puas hati.

    ReplyDelete
  6. Siap boleh buat income. Bagus untuk siapa2 yang tengah tak ada kerja.

    ReplyDelete