ROYAL JELLY
Royal Jelly adalah rembesan bahan menyerupai susu yang terhasil dari kelenjar pharyngeal koloni lebah madu sebagai makanan ekslusif untuk ratu lebah yang membolehkannya bertelur sehingga 3000 biji telur setiap hari sehingga umurnya 6 tahun.
Ia kaya dengan nutrisi seperti protein, air, gula, lemak, garam, vitamin dan asid amino untuk menyokong kesihatan dan tumbesaran, menambah kesuburan, membekalkan tenaga dan memanjangkan usia ratu lebah.
Di dalam kosmetik, Royal Jelly digunakan untuk membantu menyihatkan kulit dan menjadikannya lebih berseri kerana kandungan nutrisinya yang kaya dengan asid amino, vitamin dan mineral.
Royal Jelly juga dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit.
BEE PROPOLIS
Merupakan campuran melekit seakan resin yang dihasilkan lebah madu daripada air liurnya dan juga rembesan yang terkumpul dari tunas atau getah pokok serta sumber botani yang lain. Digunakan sebagai gam bagi mengukuh, membaiki dan mengisi rekahan pada sarang lebah.
Baik untuk kesihatan kerana mempunyai fungsi anti-bakteria dan anti-oksida dan kemampuannya menekan pertumbuhan bakteria, virus dan fungi serta kemampuannya meredakan radang.
Di dalam kosmetik, propolis dapat membantu menghilangkan pori secara semula jadi untuk memberikan kulit yang bersih dan licin. Pelbagai vitamin, mineral dan asid amino yang terdapat dalam propolis juga membantu menyuburkan kulit, memberikan nutrien penting yang diperlukannya. Dalam banyak kes, propolis telah digunakan untuk menyeimbangkan masalah kulit dan menenangkan kulit yang bermasalah, melembabkan dan melembutkan kulit.
Antioksidan yang terdapat dalam propolis dapat membantu proses penyembuhan luka dengan merangsang aliran darah dan mengurangkan peradangan.
Propolis terdiri dari nutrien yang mendorong pertumbuhan sel yang membantu mempercepat proses penyembuhan sambil meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Telah lama dikenali sebagai antibiotik semula jadi dengan sifat antibakteria yang kuat, ia dapat melawan pelbagai jenis kuman, melucutkan virus dan melawan jangkitan.
TIADA BAHAN BERBAHAYA
Produk ini semestinya tiada bahan berbahaya seperti Parabens, SLES dan SLS yang membuatkan ianya sangat sesuai untuk kulit muka yang lebih halus dan nipis berbanding kulit badan.
KEBAIKAN SOAP-FREE PURIFYING GEL
Antara kebaikan produk yang terhasil dari gabungan pelbagai bahan istimewa ini termasuklah :
- 100% Clay Kaolin Asli tanpa bahan kimia berbahaya
- Produk - Dermatologist Tested, Hypoallergenic
- Halal Jakim, NPRA - NOT210405478K dan dengan status kilang - ISO, US FDA, GMP.
- Melembabkan dan melembutkan kulit muka
- Mengatasi masalah kegatalan kulit dan kulit kering
- Mengatasi masalah jerawat
1 Comments
Best Pencuci Muka ni..dh lama Cari jenis clay. Sesuai untuk kulit sensetif
ReplyDelete