Memandangkan sekarang tak boleh ke sekolah, kebanyakan masa Amsyar dihabiskan dengan gajet. Sekejap guna handphone, sekejap guna iTab. Bila bosan, dia tengok tv pula..
Risau mata dia rosak akibat terlalu lama terdedah dengan cahaya biru dari skrin gajet tu, Moha minta dia pakai Cermin Mata Anti Blue Light khas untuk kanak-kanak dari OPTOM Eyecare, Bangi.
KEISTIMEWAAN CERMIN MATA ANTI BLUE LIGHT OPTOM
Sewaktu Moha dan suami membuat pemeriksaan mata di OPTOM Eyecare Bangi, optometrist mereka juga ada memberikan penerangan mengenai kelebihan cermin mata untuk kanak-kanak seperti berikut:
Melindungi Mata Anak dari Bahaya Cahaya Biru
Cermin mata kanak-kanak OPTOM diyakini mampu mengurangkan keletihan mata dan melindungi mata anak-anak dari cahaya biru yang berisiko tinggi menjadi punca kerosakan mata.
Pelbagai Pilihan Menarik
Terdapat banyak pilihan warna dan design bingkai cermin mata yang menarik untuk dipilih mengikut citarasa anak-anak. Warna dan design cermin mata yang menarik pastinya akan membuat anak lebih teruja untuk memakainya.
Ringan dan Selesa Dipakai
Cermin mata OPTOM direka dengan material yang ringan agar anak-anak selesa memakainya dan dapat menjadikan pemakaian cermin mata ini sebagai habit setiap kali menggunakan gajet, laptop atau ketika menonton tv.
Bingkai Cermin yang Flexible
Rekabentuk bingkai dan tangkai yang mudah lentur amat bersesuaian dengan sifat anak-anak yang aktif dan lasak. Taklah kita rasa risau cermin mata tu patah dan sebagainya.
0 Comments