Tapi sekarang dengan masalah Covid-19 ni, kalau nak buat aqiqah, agak susah juga sebab dah tak boleh berkumpul ramai-ramai bagi melakukan ibadah ini. Nak mencari kambing pun dah sekian hal. Nak cari di mana? Siapa nak sembelih dan masak? Apatah lagi jika keadaan kewangan pula agak terbatas disebabkan pendapatan terjejas dek penangan Covid-19. Harga kambing pula bukan murah ye seekor. Mahal hingga beribu harganya seekor kambing pun ada. Itu belum masuk kos bahan memasak yang lain lagi.
Jika nak cari tempat yang buat aqiqah pun satu hal juga. Tak semua kawasan ada tempat yang sesuai bagi menguruskan aqiqah atau qurban ni. Bagaimana pula dengan kosnya? Bagaimana mereka melaksanakannya? Boleh percaya ke? Sudahlah pergerakan sekarang agak terbatas, jadi masa agak terhad untuk melakukan hal yang berkaitan.
Jika tinggal di kampung, segalanya lebih mudah kerana di kampung kenduri aqiqah sudah biasa dilakukan. Segala peralatan dan tenaga kerja cukup semuanya untuk melaksanakan ibadah ini. Tapi jika tinggal di kawasan bandar atau kawasan yang kita tidak biasa dan tidak tahu di mana tempat yang sesuai untuk melakukan ibadah ini, sudah pasti ianya satu hal yang menyulitkan.
Itu belum lagi masalah bayi jaundis atau ibu dan bayi menghadapi komplikasi selepas kelahiran. Sudah tentu terlepas waktu terbaik untuk dapatkan pahala ibadah aqiqah iaitu hari ke-7, hari ke-14 ataupun hari ke -21.
Tapi janganlah risau... Bagi yang ada masalah macam yang Moha nyatakan kat atas tadi atau apa jua masalah sekali pun, apa kata gunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh AqiqahCentre.Com ni.
Kenapa perlu pilih AqiqahCentre.com?
AqiqahCentre.com telah beroperasi sejak 2014 dan telah menguruskan sebanyak 21,000 sembelihan. Diyakini ramai orang untuk berurusan dengannya termasuklah artis-artis terkenal.
Cara berurusan dengan mereka juga sangat mudah iaitu 100% secara online sahaja. Jadi kita tak perlu nak keluar rumah lagi dan terdedah dengan bahaya jangkitan Covid-19. Pihak mereka akan uruskan dari A hingga Z. Bermula dari pendaftaran sehinggalah ke pemberian sijil ukiran kayu yang bernilai RM50 sebagai cenderahati selepas selesai segala urusan aqiqah.
Harga yang ditawarkan juga lebih murah yang mana sangat berpatutan dan mampu milik. Sangat jauh beza jika kita lakukan sendiri. Yelah, macam yang Moha bagitau awal tadi, harga kambing sahaja dah berapa seekor? Belum masuk kos bahan lain lagi. Pasti mencecah ribuan ringgit juga. Bagi yang berkemampuan, pastinya tak menjadi masalah. Tapi bagi yang berpendapatan rendah, sudah tentu agak membebankan.
Selesai sahaja ibadah aqiqah dilakukan, rakaman video penyembelihan kambing beserta sebutan nama anak akan diberi kepada kita (kecuali ibadah qurban) sebagai bukti urusan aqiqah telah berjaya dijalankan.
Aqiqah tersebut akan dilaksanakan di Mekah pada setiap hari dan daging sembelihan akan diagihkan dengan baik kepada fakir miskin. Sebahagian daging akan diedarkan kepada penduduk dan pekerja yang agak susah di sekitar Tanah Suci Mekah seperti ibu tunggal, pemandu teksi, pekerja buruh, anak yatim, pelarian, wargaemas dan lain-lain.
Jika ada sebarang pertanyaan atau mahukan maklumat lebih lanjut berkenaan Aqiqah Qurban 2021/2022 ataupun Aqiqah Qurban Online 2021/2022, korang boleh lawati :-
website :
https://aqiqahcentre.com/pakej-qurban-mekah
Facebook : https://www.facebook.com/aqiqahcentredotcom/
Instagram :
instagram.com/aqiqahcentredotcom
Whatsapp : 010-8400803
0 Comments