Alhamdulillah dah masuk Disember 2021. Sedar tak sedar je kan? Tau-tau nak masuk tahun 2022. Tapi Covid-19 masih bermaharajalela dan semestinya kita masih perlu jaga SOP agar tidak dijangkiti virus tersebut. Bukan apa, tak kena Covid pun dah susah, inikan pula kalau dah kena. Segalanya jadi susah. Dah tentu-tentu semua kontak rapat terlibat. Tapi apa yang paling merisaukan tentulah pasal income.
Semasa PKP dulu, pergerakan kami agak terbatas, tidak dapat berjumpa prospek dan urusan jualbeli hartanah tidak dapat dilakukan seperti sebelumnya menyebabkan segala urusan jadi tergendala. Mujur ada sedikit wang simpanan. Dapatlah menampung keperluan bagi meneruskan kehidupan.
Tapi macamana dengan mereka yang sumber pendapatannya terjejas atau yang tiada sumber pendapatan mahupun simpanan lagi? Nak meminjam? Hurm.. mungkin ada yang akan bagi, mungkin juga orang tak bagi. Yelah, masing-masing ada masalah sendiri kan? Bagaimana jika dia sendiri malu hendak meminta? Bukan semua orang berani meminta-minta dengan kenalan. Malu itu sudah pasti.
Lainlah jika boleh dapatkan bantuan di pusat yang sepatutnya. Itulah sebabnya bagi mereka yang berkemampuan diwajibkan bayar zakat. Dari bayaran zakat inilah akan disumbangkan kepada golongan yang memerlukan ini.
“Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:
“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Disebabkan Covid jugalah, demi memudahkan urusan kita semua, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyediakan platform kutipan bayaran zakat yang boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Senang sebab tak perlu lagi nak keluar rumah untuk ke pusat pungutan zakat bagi membuat bayaran tersebut. Ada banyak portal pembayaran yang disediakan oleh LZS termasuklah “Pos Online”.
Pembayaran zakat boleh dibuat menerusi portal rasmi POS Online melalui laman sesawang POS Malaysia. Tapi jangan lupa, sebelum menggunakan perkhidmatan ini, kita perlu memiliki akaun berdaftar di portal berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran.
Caranya seperti berikut :
Langkah 1 :
Pergi ke laman sesawang POS Online
Langkah 2 :
Jika belum pernah mendaftar, sila daftar akaun terlebih dahulu
Langkah 3 :
Log masuk dengan ID Pengguna dan kata laluan
Langkah 4 :
Jika tinggal di Selangor, pilih “Open Bill Payment” & Lembaga Zakat Selangor
Langkah 5 :
Pilih jenis zakat yang ingin dibayar di dalam senarai tersedia
Langkah 6 :
Lengkapkan maklumat yang diperlukan & tekan butang “Add To Cart”
Langkah 7 :
Tekan butang “Proceed to Checkout” sekiranya sudah pasti dengan transaksi yang dibuat
Langkah 8 :
Pembayaran boleh dibuat menggunakan saluran tersedia sahaja & tekan butang “Submit”
Akhir sekali cetaklah resit pembayaran untuk rujukan pada masa akan datang.
Berita baik!! Sekarang ni LZS sedang mengadakan kempen menang dan kongsi yang bermula pada 15 November 2021 sehingga 31 Disember 2021. Yang bagusnya pemenang dapat berkongsi sebahagian dari nilai hadiah yang dimenangi itu kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kiranya 2 dalam 1 ni. Hadiah dapat, pahala bersedekah pun dapat juga.
Cara untuk menyertai kempen ini mudah sahaja. Peserta hanya perlu membuat bayaran zakat di mana-mana saluran bayaran yang telah disediakan oleh LZS termasuklah ejen-ejen LZS yang bertauliah.
Imbas kod QR yang terdapat di poster untuk mengisi borang penyertaan. Tiada bayaran minimum dan setiap peserta layak dapat satu cabutan dan 50% dari nilai hadiah kemenangan akan disumbangkan kepada golongan asnaf yang telah dipilih oleh LZS.
Sucikan hati ringankan beban
Harungi bersama sebar kebaikan |
Zakat merupakan cara yang dapat membersihkan hati daripada sifat-sifat keji yang memberi kesan kepada masyarakat, iaitu sifat berdendam, iri hati dan hasad dengki. Apabila zakat dilaksanakan, ianya dapat membersihkan jiwa daripada sifat hasad dengki dan iri hati serta mengeratkan hubungan persaudaraan sekalipun berbeza dari segi kemewahan dan kekayaan.
Allah SWT berfirman:
Ø®ُØ°ْ Ù…ِÙ†ْ Ø£َÙ…ْÙˆَالِÙ‡ِÙ…ْ صَدَÙ‚َØ©ً تُØ·َÙ‡ِّرُÙ‡ُÙ…ْ ÙˆَتُزَÙƒِّيهِÙ… بِÙ‡َا
Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk). (Surah al-Taubah: 103)
Websites: Lembaga Zakat Selangor
Hubungi: 03-8314 2312 (Afzalika) / 03-83142222 (LembagaZakat Selangor)
Whatsapp: 011-2075 4557 (Afzalika)
3 Comments
Tuntutan wajib yang harus dilunaskan semakin mudah caranya.
ReplyDeleteMoga kita semua dilimpahi rezeki yang berkat berpanjangan agar dapat lebih memberi pada yang memerlukan.
dekat pos online pun boleh bayar zakat? lagi mudah macam ni!
ReplyDeleteMudah dah nak bayar zakat.
ReplyDelete