Advertisement

Tips Elakkan Risiko Mata Anak Rosak Akibat Penggunaan Gajet

Assalamualaikum…..

Zaman sekarang ni kan, rata-rata anak kecil dah pandai main gajet. Tak dibagi mereka menangis dan meragam sehingga terganggu segala kerja yang kita nak lakukan. Bila diberikan gajet barulah mereka diam dan kita dapat lakukan tugas dengan tenang. 


Masa mereka berumur belum setahun dua mungkin cuma tengok lagu atau cerita kanak-kanak je. Bila dah besar sikit mula terjebak dengan game yang ada dalam handphone tu. Padahal bukan kita ajar pun. Diorang tau sendiri sebab tengok iklan di youtube. Masa tu mulalah nak download game tu download game ni.. sampai penuh memory phone dibuatnya.


Masa penggunaan gajet yang tak terkawal juga agak merisaukan sebenarnya. Risau mata anak-anak rosak. Yelah, bukan elok sangat hadap skrin gajet ni. Kita yang dewasa ni pun kalau hadap skrin tu lama sikit dah mula mata tu rasa pedih dan penat. Apatah lagi mata anak-anak yang baru berusia beberapa tahun ni.


Kebetulan ada seminar "Bagaimana Nak Jaga Mata Anak Tanpa Meninggalkan Penggunaan Gajet " yang disampaikan oleh Dr Mohd Hafidz Ithnin, yang merupakan Pakar Mata Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM, Moha pun tak lepaskan peluang untuk turut serta. 



Menurut kajian, hampir kesemua orang menggunakan handphone bagi kegunaan harian termasuklah anak-anak kita. Data terkini bagi anak-anak yang berusia 12 tahun ke atas, kebanyakan mereka habiskan masa lebih dari 3 jam menggunakan gajet. Biasanya mereka tengok video samada di youtube atau tik tok. Ada juga yang bermain game seperti Mobile Legend, Robloc, PUBG dan lain-lain. Bayangkan apa risiko yang mereka hadapi. 


Menurut Dr Mohd Hafidz, kesannya adalah peningkatan power spek mata. Sewaktu masih bayi, bola matanya turut berlaku perkembangan membesar. Dalam proses ini pemanjangan bola mata berlaku. 


Sekiranya di usia yang masih kecil mereka telah mula memakai cermin mata, dek penggunaan gajet yang terlalu lama ini boleh mempercepatkan lagi peningkatan power cermin mata. Tapi masalah yang paling teruk adalah apabila proses pemanjangan bola mata terlalu cepat dan meregang sehingga menyebabkan saraf belakang mata koyak yang akhirnya menjadi punca mata menjadi buta.



Kanta mata kita ni ibarat kanta kamera dslr dan tangan kita pula ibarat otot yang mengawal kanta mata. Apabila terlalu lama menghadap gajet, otot yang mengawal kanta bergerak itu menjadi terlalu aktif untuk fokus imej yang dilihat.


Jika otot yang mengawal fokus ini terlalu aktif untuk fokus imej yang dilihat, otot tersebut berisiko kehilangan kawalan dan menyebabkan alignment bola mata beralih seterusnya menyebabkan mata menjadi penat dan juling.


Menceritakan semula pengalaman beliau ketika merawat seorang remaja berusia 14 tahun yang mempunyai masalah juling, hasil soal-selidik, remaja berkenaan memberitahu dia bermain game PUBG sekurang-kurangnya 5 jam sehari malah kadang-kala lebih lama lagi yang menjadikan auto fokus tidak terkawal dan akhirnya mata dia jadi juling. Padahal masa lahir mata tu elok je tak juling pun.


Bagi memulihkan mata yang juling, rawatan terapi serta rawatan susulan dilakukan yang mana proses penyembuhan mengambil masa enam bulan hingga setahun jika masalah juling yang di hadapi tidak terlalu teruk. Sekiranya masalah juling sudah lama dan teruk, tempoh penyembuhan juga makan masa yang lama. Perjumpaan demi perjumpaan perlu dilakukan untuk memantau proses penyembuhan.



Penggunaan gajet yang terlalu lama juga menyebabkan anak susah untuk tidur atau insomnia. Bukan anak sahaja, kita sendiri kalau terlalu banyak habiskan masa dengan gajet pun susah juga nak tidur. Ini kerana bila kita terdedah pada cahaya biru dari gajet ianya mengganggu penghasilan hormon yang menyebabkan kita sukar untuk tidur.  




Mendengar kesan yang macam ini mungkin berlaku pada anak-anak, dah tentulah rasa risau kan? Jadi bagaimana nak mencegah semua ni dari berlaku? 

Dr Hafidz turut akui agak sukar untuk mengawal anak-anak dari menggunakan gajet. Namun masih ada cara yang boleh kita lakukan sebagai ibubapa mereka.


Pertama, ajak mereka berehat seketika selepas sejam penggunaan gajet. Ajaklah anak-anak melihat pemandangan jauh di luar rumah bagi merehatkan otot mata mereka sekurang-kurangnya dalam 5 ke 10 minit. Kemudian boleh sambung guna gajet semula. Nanti lepas sejam rehat lagi dan begitulah seterusnya.



Mungkin anak-anak akan protes. Yelah, tengah seronok layan video atau main game tiba-tiba kita suruh berhenti pula. Kalau kita pun rasa geram juga.. betul tak? Jangan tipu.. berdosa.. huhu..


Boleh juga ajak mereka melakukan aktiviti bersama-sama yang tidak melibatkan gajet. Ajak berkebun ke, jogging ke.. apa-apa aktiviti riadah yang menyeronokkan mereka. Dengan cara ni bukan sahaja dapat mengelakkan mata rosak sebaliknya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kebahagiaan seisi keluarga.



Andainya masih sukar mengawal anak-anak dari menggunakan gajet kurang dari sejam, maka belikanlah mereka cermin mata khas yang menggunakan kanta penapis berwarna biru. Pastikan mereka sentiasa memakainya ketika menggunakan gajet. Dengan cara ini setidaknya dapat mengurangkan risiko kerosakan mata.



Atau boleh juga berikan anak-anak ganjaran selain duit jika mereka mendengar kata untuk berhenti guna gajet. Sebagai contoh, berikan snek kegemaran mereka ke, luangkan masa bermain dengan mereka ke, ikutlah apa yang kita rasa mereka suka asalkan tidak keterlaluan.




Keraplah periksa mata anak-anak kita terutama yang berusia bawah 14 tahun. Jika ada sebarang masalah seperti mata asyik berkedip-kedip, sentiasa berair dan pedih, atau nampak kadang-kadang macam juling sikit tu cepat-cepatlah bawa mereka berjumpa optometrist untuk pemeriksaan dan jika disahkan bermasalah, dapatkan rawatan secepat yang mungkin. 

Bukan apa, kalau kita terlewat kesan dan masa tu mata anak dah terkena simptom malas (disebabkan otot mata koyak) dan juling, ketika itu proses untuk sembuh akan jadi bertahun-tahun untuk sembuh semula. Sentiasa ingat, tindakan awal dapat mencegah masalah mata yang lebih serius. 


Alhamdulillah banyak ilmu penjagaan mata kami dapat dari Dr Hafidz. Tak sangka juga begini rupanya risiko penggunaan gajet yang terlalu lama. Kita yang dah dewasa pun tak terkecuali juga. Cuma lebih berisiko pada anak-anaklah sebab bola mata mereka masih dalam proses tumbesaran. 




Terima kasih tak terhingga kepada OPTOM Eyecare yang telah mengadakan seminar yang sangat bermanfaat ini juga kepada Dr Hafidz yang telah sudi berkongsi ilmu kepada kami.


Oh ye, di OPTOM Eyecare juga ada menawarkan perkhidmatan rawatan khas untuk kanak-kanak iaitu Kiddos Eyecare. Mereka juga akan membuat pemeriksaan mata kanak-kanak pada 11/12/2021 ini bersama Dr Mohd Hafidz Ithnin. Jadi ambillah kesempatan ini bawa anak-anak ke sana ye.




Bagi yang inginkan info lanjut atau mahu dapatkan pemeriksaan mata secara menyeluruh, boleh layari website mereka atau terus ke premis mereka di Bangi, Selangor.

OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor 
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)



Post a Comment

5 Comments

  1. Ulasan lanjut lebih mendalam tentang tabiat penggunaan gajet sangat membantu juju. Lepas ni kena selalu ingatkan diri dan anak tentang rehat mata selepas sejam. Tqqq kongsi ilmu bermanafaat.

    ReplyDelete
  2. Alahmdulillah satu perkongsian yamg sangat menarik. Semalam berkesempatan juga untuk join seminar ni. Banyak sangat ilmu yang kita boleh sampaikan kembali pada orang lain kat luar sana berkenaan gajet penggunaan gajet dan risiko pada mata anak anak kalau ifak dikawal.

    ReplyDelete
  3. Budak-budak dengan gajet memang susah nak pisah kan sekarang ni. Ada cara lain untuk menjaga mata mereka dah bagus sangat.

    ReplyDelete
  4. Bagus tips nya! Memang tak leh nak elak gadjet sekarang ni kannn
    Kena lah ajar anak jaga mata

    ReplyDelete