Advertisement

Cara Mudah Taksir Zakat

 

Assalamualaikum….

Selamat Hari Raya Aidiladha…. Semoga di hari yang mulia ini, kita semua diberikan segala kebaikan dan dijauhkan dari segala kemudaratan samada di dunia, mahupun di akhirat kelak… aamiin…


Korang perasan tak beberapa bulan lepas viral satu video pasal seorang wanita Orang Asli yang berang sebab tanah mereka diceroboh. Dalam berangnya yang masih berlapik, ada bait ayat yang menyentuh hati ramai netizen.

“Orang Asli cari makan, satu hari nak dapat RM20 pun susah tau. Kalau tak percaya pergi sana tengok rumah. Awak boleh hidup macam Orang Asli tak?” kata-katanya tu buat Moha terkenang kembali pengalaman sewaktu Moha jalani Latihan Praktikal 20 tahun dahulu di Hutan Simpan Endau Rompin, Johor.

Di sana ada perkampungan Orang Asli yang penduduknya sangat sangat mesra dan ramah dengan kami. Sepanjang menjalani latihan praktikal di sana, kami bukan hanya melihat malah turut jalani sendiri cara hidup mereka. Ternyata bukan mudah ye. Dah lah kampung mereka jauh ke dalam hutan, jauh dari Bandar.. nak dapatkan bekalan makanan harian tu memang bergantung sepenuhnya dengan hasil hutan, sungai, ternakan dan tanaman. Elektrik? Mana ada… mereka masih menggunakan lampu minyak tanah. Jadi bila tengok video yang viral tu, Moha faham apa yang dia luahkan. Siapalah yang tak marah bila hak mereka diceroboh kan? Kalau dia tak luahkan apa yang terpendam mungkin orang ingat mereka baik-baik sahaja.

Mujurlah Orang Asli juga layak mendapat bantuan zakat. Korang boleh baca di Facebook ZakatSelangor. Moha ada baca satu posting dimana Lembaga Zakat Selangor(LZS) mengagihkan bantuan barangan dapur dan bantuan tunai kepada Muallaf Orang Asal di Kampung Orang Asli Kechau, Semenyih pada 5 Julai baru-baru ni diantara posting agigahan-agihan zakat yang lain.





Jadi sebaiknya kita janganlah culas bayar zakat harta. Dalam rezeki kita ni ada juga hak mereka yang fakir miskin. Lagipun zaman teknologi dah canggih ni, rasanya takde alasan dah kot nak bagi sebab tak boleh bayar zakat. Semua dah kat hujung jari. Tak tau caranya? Meh Moha kongsikan kat sini…


Kalau korang tak pasti berapa banyak nak bayar zakat, tak tahu cara nak bayar zakat dan sebagainya, korang boleh layari jom.zakatselangor.com.my untuk dapatkan maklumat yang berkaitan. Kat sini korang boleh buat semakan permohonan, rekod lampau, atau boleh terus buat bayaran zakat secara online melalui e-Zakat Online. Nak lagi mudah, korang muat turun je Aplikasi Zakat Selangor di Google Play atau Apple Store ni dulu. Lepas daftar masuk tu bolehlah buat taksiran mengikut jenis-jenis zakat harta. Eh, senang jelah… kalau tak reti juga lagi, boleh pergi terus ke pusat zakat yang berhampiran dengan korang. insyaAllah pegawai di sana akan membantu.



Tambahan lagi, bermula 15 Jun sehingga 31 Julai 2022 ni ada Kempen Bulan Taksir Zakat. Korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik (motosikal Yamaha lagenda 115Z FI, Nintendo Switch OLED, Garmin Smart Watch, Galaxy Tab A8) dan boleh menebus baucher KFC bernilai RM5 di cawangan terpilih (sementara stok masih ada) setelah selesai membuat pembayaran zakat menggunakan taksiran zakat di website atau aplikasi tersebut.

Kempen ini dibuat supaya lebih ramai umat Islam sedar dengan kepentingan membayar zakat dan tahu mengira sendiri berapa jumlah taksiran pelbagai jenis zakat harta yang perlu dibayar dengan lebih tepat menggunakan cara yang mudah.

Untuk menebus baucher KFC, korang layari http://jom.zakatselangor.com.my atau buka aplikasi ZakatSelangor dan ikut cara di bawah :

                        


Daftar Masuk ZakatSelangor

⬇️


Taksir

 ⬇️

Simpan Taksir Zakat

⬇️


 Screenshot taksir zakat dan tunjukkan di mana-mana cawangan LZS yang berdekatan.




Cara yang sama boleh digunakan jika berminat menyertai Cabutan Pemenang Kempen Jom Taksir Zakat. Bezanya korang hanya perlu membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen bertauliah yang telah dilantik oleh LZS.

Haa… macamana? Senang je kan? Korang janganlah ikut perangai sesetengan orang tu.. bayar zakat tak nak, tapi sibuk personalkan kemana perginya duit zakat tu. Allahu… kalau nakkan kepastian, korang tengoklah Facebook Zakat Selangor. Pihak Zakat Selangor ni sentiasa melaporkan setiap bantuan yang dihulurkan kepada golongan yang memerlukan. 

Misalnya kes yang terbaru ni LZS ada menyampaikan sumbangan bantuan kecemasan kepada Encik Zam sekeluarga yang ditimpa musibah apabila rumah mereka hangus terbakar. Semoga bantuan yang dihulurkan ini dapatlah meringankan beban yang dihadapi.

Moha harap kita semua dapat menunaikan kewajipan menunaikan zakat ni. Semoga dengan bayaran zakat yang kita buat tu dapat membantu lebih ramai lagi golongan yang memerlukan di luar sana.

Post a Comment

0 Comments