Kali terakhir kitorang suami isteri buat pemeriksaan mata adalah 2 tahun lepas di OPTOM Eyecare Bangi. Masa tu memang dah ada rabun jauh dan dekat sikit. Oleh kerana tak terlalu menjejaskan aktiviti seharian Moha, masih lagi boleh membaca, mengait dan sebagainya, takdelah Moha buat cermin mata baru. Suami Moha sorang jelah yang buat cermin mata. Suami Moha pula sejak dah pakai cermin mata dari OPTOM, takde dah merungut tak nampak jelas apa semua. Settle la part dia.
Yang Moha ni kononnya nak guna cermin mata yang dah ada tu jelah. Dok perasan diri tu muda lagi agaknya. Rupanya semakin bertambah usia, semakin teruk pula rabun Moha. Semakin kerap pula sakit kepala. Bila nak focus melihat tu memang rasa tak selesa sangat mata Moha ni. Mata jadi penat, kepala terasa sakit.. sudahnya banyak projek kait yang terbengkalai.
Power cermin mata lama dah tak jelas macam mula-mula dulu. Pakai cermin mata pun macam tak pakai je rasanya. Tambah sakit kepala dibuatnya.
Akhirnya Moha ajak suami ke OPTOM untuk buat pemeriksaan mata sekali lagi. Dekat sini kan boleh buat pemeriksaan mata secara menyeluruh. Jadi dapatlah kesan sekali samada sakit kepala Moha ni memang disebabkan oleh masalah rabun atau ada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, katarak dan sebagainya. Suami pun boleh buat pemeriksaan lagi sekali juga memandangkan dia ada buat cermin mata kat sini dulu.
Sampai di OPTOM, macam biasa kami disambut mesra oleh staffnya. Terlebih dahulu kondisi cermin mata suami diperiksa dan diservis. Alhamdulillah keadaan cermin mata masih baik cuma perlu tukar sepasang nose pad sahaja sebab dah berlumut. Perkhidmatan ini percuma bagi pelanggan yang buat cermin mata di sini ye.
Dah tukar nose pad baru |
Sebelum tukar nose pad |
Nose pad lama |
Lepas tu kami jalani pemeriksaan mata semula. Optometrist akan rujuk rekod lama jika kita pernah jalani pemeriksaan kat sini. Nak tengok ada perubahan atau ada sebarang petanda penyakit lainnya.
- mengukur rupa bentuk pada muka pelanggan, antaranya seperti mendapatkan ukuran tepat diantara dua anak mata, jarak telinga, ketinggian sudut pada hidung dan lain-lain.
- memastikan setiap sudut pada bingkai yang hendak ditempah, menepati rupa bentuk muka pelanggan. Misalnya ujuran panjang tangkai pada bingkai kacamata mestilah mengambil kira jarak telinga, panjang ukuran jembatan pada bingkai Mestilah mengambil kira jarak diantara dua anak mata dan lain-lain.
- memberi peluang kepada pelanggan memilih bentuk, warna dan melakukan modifikasi pada kedudukan bingkai kacamata secara virtual sepuas-puasnya sebelum kacamata siap ditempah.
Website : www.optom.com.my
Instagram : www.instagram.com/optombangi
Facebook : www.facebook.com/optombangi
Alamat :
No. 37 Jalan Bangi 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor.
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00am - 8.00pm)
6 Comments
Terbaik
ReplyDeleteNose pad pun boleh tukar yer di SINI?
ReplyDeleteSuka check mata kat sini. Memang details ,servis pun mantap
ReplyDeleteBagusnya ada khidmat optometrist. Tak semua kedai ada..rasa lebih yakin bila pakar yg check dan bg pandangan
ReplyDeleteBagus la.. Nanti nak dtg sini la
ReplyDeleteBila usia makin meningkat ni kan.. Mata makin tak berapa nak jelas . Orang kat hujung jalan pon dah tak berapa nak cam .. Huhuhu ..
ReplyDelete