Sudah lumrah kanak-kanak suka bermain. Kalau zaman dahulu kanak-kanak bebas bermain di luar. Takde apa yang perlu kita risaukan sangat. Tapi sekarang, banyak perkara yang dibimbangkan. Banyak dah kes culik kanak-kanak yang bermain di luar rumah. Yang bermain di halaman rumah dilanggar kereta dan sebagainya. Betul semua itu takdir. Tapi kalau disebabkan kecuaian dan sikap sambil lewa orang dewasa yang jadi punca, rasa menyesal tu tak tertanggunglah jawabnya. Jadi sebelum berlaku insiden yang tidak dikehendaki tu, lebih baik cegah dahulu.
Atas alasan inilah ramai anak-anak lebih tertumpu pada gajet. Dengan teknologi yang semakin canggih, mereka juga dapat berhubung sesama mereka melalui online sahaja. Namun begitu, walau sehebat manapun teknologi, sebagai orang dewasa kita kena pantau juga supaya apa yang mereka tengok dan buat menggunakan gajet tu sesuai dengan usia dan bermanfaat untuk mereka.
Selain tengok video di youtube, TikTok, Facebook dan sebagainya, mereka juga gemar bermain permainan yang ada di gajet. Tak kiralah secara online mahupun offline. Ada banyak permainan yang sesuai untuk kanak-kanak, namun ada juga yang mengelirukan. Nampak macam untuk budak kecil, tapi ada unsur ganas la pulak. Kalau yang macamtu memang tak sesuai sangatlah untuk dibiarkan sahaja.
Baru-baru ni Moha terjumpa satu permainan video dalam talian yang menyeronokkan, percuma dan bebas iklan untuk kanak-kanak yang bertemakan menjana kewangan. Antara permainan yang menarik adalah seperti :
- Permainan Hartanah iaitu permainan beli dan jual hartanah. Pemain perlu jadikan bandar LEGO berkembang maju dan bersihkan kekotoran atau kuman. Pemain juga boleh membina struktur yang stabil, atau menggunakan dinamit untuk meletupkan struktur.
- Permainan Wang: mengira wang dan membuat perubahan. Permainan ini ialah cara yang menyeronokkan untuk berlatih penambahan, penolakan dan pendaraban sambil belajar tentang wang.
- Permainan Simulasi Pertanian: mengembangkan ladang maya, atau membina perniagaan berasaskan pertanian.
- Permainan Kedai Runcit: Urus dan jalankan pasar raya dan simpan stok barang.
- Permainan Simulasi Restoran: menjalankan urusniaga kedai kopi, kedai burger atau pizzaria.
- Permainan Simulasi Perniagaan: membina perniagaan perlombongan, menjalankan kedai barang kemas, menjadi penjual bunga atau menjadi tuan korporat.
- Permainan Pembangunan Perisian: Permainan STEM mengajar kanak-kanak tentang logik pengekodan bersama-sama dengan cara perisian dibuat dan diuji, bersama-sama dengan permainan klik terbiar yang memfokuskan pada membina perniagaan permulaan yang berjaya
- Permainan Politik Pejabat: permainan clicker ragdoll yang aneh boleh digunakan untuk menerangkan persaingan dalaman, penyelesaian konflik & pembinaan pasukan dan pelari tanpa henti
- Permainan Alam Sekitar: kitar semula, tenaga hijau dan pengurusan sumber
- Permainan Seronok Lain: permainan yang digemari ramai yang tidak termasuk dalam mana-mana kategori di atas termasuk beberapa permainan berkaitan makanan
Permainan yang melibatkan perniagaan macamni secara tak langsung dapat mengajar kanak-kanak cara pengurusan dan pengiraan duit yang sebenar. Macamana nak ambil tempahan, cara penyediaan makanan dan cara melayan pelanggan. Bagi Moha baguslah untuk kanak-kanak. Sekurang-kurangnya mereka dah ada pendedahan awal tentang urusniaga. Manalah tahu boleh mendatangkan minat pada mereka untuk menjalankan perniagaan sendiri pula bila dah dewasa nanti kan.
0 Comments