Harini genap seminggu Amsyar cuti sekolah. Sebelum tu Haziq yang demam dulu. Elok Haziq sihat, Amsyar pulak demam panas. Hari yang sama jugalah bawa dia ke klinik sebab ubat dia dah habis kat rumah ni.
Rupanya tonsil dia bengkak. Batuk dan selsema cuma sesekali je. Jadi doktor bekalkan ubat demam, antibiotik, ubat batuk khas untuk kahak dan ubat selsema. Amsyar masa kat depan doktor kemain lagi dia punya angguk bila doktor pesan makan ubat. Dah balik rumah... hurm.. punyalah bercinta nak bagi ubat. Siap pilih ubat mana nak makan ubat mana taknak makan. Esh.. sukahati dia je!
Demam kali ni nampak agak kuat. Walau dah makan ubat demam suhu badan tetap atas 37. Susah hati jugalah. Jadi macamana dia berkeras memilih makan ubat, macam tu jugalah mama dia ni pujuk sampai dia makan juga semua ubat yang perlu dia makan.
Kalini kerap jugalah tekap badan dan dahi dia dengan tuala lembab. Kena selalu tanya nak minum tak? Nak makan tak? Tapi normallah kan.. Orang dah demam kalau kita tanya pasal makan ni, jaranglah ada yang nak makan. Tambahan kalau dia ni sejenis yang tak berapa nak makan walau masa tengah sihat. Dah tak sihat, lagilah tak nak makan. Memang struggled jugalah memikirkan apa menu nak bagi dia makan. Yelah, kalau tak makan macamana badan nak bertenaga kan?
Jadi proses nak sembuh tu agak makan masa jugalah. Tambahan tonsil bengkak ni. Walaupun selepas 4 hari demam dia baru reda, tapi badan dia masih lemah tak bermaya. Memang tak aktif langsung. Sebab tulah kitorang decide cutikan dia sepanjang minggu ni bagi dia betul-betul sihat dulu barulah ke sekolah semula. Tak nak nanti dah pergi sekolah, demam datang semula.
Dah beransur petang ni nampak muka dia dah tak sepucat sebelum ni. Alhamdulillah.. nampaknya dah semakin sihat. Cuma nak pastikan dia makan dan minum secukupnya bagi dia sihat betul. Sudah-sudahlah demam. Tak sampai hati mama tengok.
0 Comments