Advertisement

Akhirnya Batuk dan Selesema Lega dengan PATI OXYMEL KHAL In-Sãnivir



Hampir 2 bulan Moha batuk berkahak dan selesema. Awal-awal batuk dulu, punyalah teruk sampai sesak nafas dibuatnya. Nak tarik nafas panjang pun tak boleh. Asal bercakap je, terus batuk. Berterusan pulak tu! Aduh.. sengsaranya.. tu belum cerita bab selesema lagi tu. Sampai merah dan mengelupas kulit hidung tu asyik kena picit setiap kali hembus hingus yang turun meluncur laju.


Macam-macam dah ubat dan petua Moha amalkan tapi tak berkesan sepenuhnya. Walaupun batuk tak berpanjangan, tapi bila sesekali terbatuk tu, jadi berlarutan la pula. Macam tu juga dengan selesema. Setiap hari bila bangun pagi mesti bersin berulang-kali. Sampai perit juga rasa kat tekak ni. Bila dah bersin banyak kali tu, hingus pun laju jela turun. Dah macam air paip je.. hidung pun jadi gatal merenyam macam ada ulat merayap kat situ. Aduh.. rimasnya..


Ujian covid pun dah buat masa masuk wad sebab muka bengkak dulu. Lega rasa hati Moha bila keputusannya negatif. Bila dah pasti batuk dan selesema Moha ni bukanlah disebabkan Covid, Moha teruskan je pengambilan ubat yang dibekalkan hospital. Tapi bila ubat pun dah habis, batuk dan selesema masih ada, nak tak nak kena juga ikhtiar cara lain.

 

 


Kali ni Moha nak cuba PATI OXYMEL KHAL In-Sãnivir. Gabungan tiga ramuan yang diadun khas tanpa bahan kimia, tanpa bahan pengawet, tiada sebarang gula, tiada tambahan sebarang perisa dan tanpa sebarang pewarna bagi menghasilkan minuman cuka yang memiliki rasa mint ringan dan manis asli yang tidak terlalu pekat. Terbaik untuk kesihatan dan memberi kelegaan kepada orang yang sedang demam, selesema, batuk dan seangkatan dengannya.

 


HASIL PENGGUNAAN

Moha beli PATI OXYMEL KHAL In-Sãnivir di shopee pada 30 Disember 2023 dan terima produk pada 2 Januari 2024. Dapat je produk ni, terus Moha cuba minum. Kebetulan masa tu Moha tengah batuk yang susah nak berhenti dan tekak dah sakit. 


Biasanya bila minum ubat batuk ni Moha akan kemam dulu dan telan laju-laju. Memang tak suka betul rasa ubat batuk ni. Tak sedap! Haha.. ubat kan? Mana ada yang sedap… tapi PATI OXYMEL KHAL In-Sãnivir ni rasa dia tak terlalu kuat macam ubat batuk biasa. Rasa pudina dia ringan saja dan ada rasa manis kurma dan madu. Walaupun namanya cuka kurma, takdelah pula rasa masam macam cuka. Sedang molek je rasa dia. Macam rasa ubat batuk cap ibu dan anak lebih-kurang cuma teksturnya yang lebih ringan tak terlalu pekat. Senang nak telan.

 

Setelah hampir seminggu Moha amalkan mengambil sesudu PATI OXYMEL KHAL In-Sãnivir pada waktu pagi dan sesudu pada waktu malam, alhamdulillah Moha dapat rasakan perubahannya. Batuk boleh dikatakan sembuh dah. Adalah sesekali batuk ringan tu pun bila tekak terasa kering atau tersedak. Itupun jarang sangat. Tapi bukanlah batuk yang menyesakkan nafas macam sebelum ni. Hanya batuk untuk melegakan tekak sahaja. Selesema juga tak melarat sepanjang hari. Cuma waktu pagi dan menjelang malam je. Tak seteruk dulu sampai suara pun jadi sengau dek hingus yang menyumbat hidung. 

 

Syukur sangat dah jumpa satu produk yang betul-betul serasi dengan Moha. Lepas ni kalau batuk teruk, dah tau la nak ambil ubat apa supaya batuk cepat hilang. Tak payah nak tanggung sampai berbulan-bulan dan melarat jadi penyakit lain pula.

 


Korang yang tengah batuk atau ada famili yang tengah batuk tak mahu sembuh tu, patut cuba PATI OXYMEL KHAL In-Sãnivir ni dan amalkan selalu. Boleh beli kat diorang punya kedai rasmi di Shopee. Beli banyak dapat harga jimat. Boleh kongsi dengan famili. Produk ni pun bukannya susah nak jaga. Bahan organik hasil peraman kan? Memang tahan lama. Lagi lama simpan, lagi sedap rasa dia.


PATI OXYMEL KHAL In-Sãnivir

KHAL merupakan ramuan herba turun-temurun sejak zaman dahulu kala yang terhasil daripada jus buah-buahan seperti kurma, epal, anggur, dan buah tin yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu dan bertukar menjadi alcohol seterusnya menjadi yis, kemudian bertukar menjadi asid asetat dan akhirnya menjadi KHAL atau bahasa melayunya ialah CUKA.


Hasil kajian kepada kitab-kitab perubatan Islam ada menyatakan KHAL telah diamalkan secara meluas sejak turun-temurun oleh bangsa Arab, sejak dari zaman nabi-nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad (saw) lagi sebagai antibiotik dan tonik bagi meningkatkan kekuatan badan.  



Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :

"Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”.  (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)


Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), antara khasiat Khal menurut perubatan Islam :

  • Dapat mencegah berlakunya pembengkakan pada badan spt bisul dan kanser
  • Membuang darah kotor dan melancar aliran darah 
  • Mangatasi proses pencernaan makanan dalam perut
  • Melancarkan pergerakan usus
  • Merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
  • Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
  • Menurunkan tahap kolesterol
  • Mengimbang tahap asid-alkali dalam badan dan mengeluarkan lebihan garam
  • Membakar kalori dengan cepat
  • Membuang toksin
  • Merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata dan telinga
  • Penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
  • Mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dalam perut
  • Merawat masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu)
  • Mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
  • Melancarkan pengeluaran susu ibu 
  • Melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid)
  • Memperbaiki fungsi limpa
  • Menghilang masalah dahaga dan mengurangkan panas badan

 


BAHAN-BAHAN PATI OXYMEL KHAL In-Sãnivir:

  • Cuka kurma ajwa
  • Madu Hutan Tropika
  • Ekstrak Daun Pudina
  • Ekstrak Rumpai Laut


Semestinya HALAL dan diyakini suci lagi bersih, buatan tangan dan perapan sendiri.

 

KEBAIKAN PATI OXYMEL KHAL In-Sãnivir 

  • Sangat bagus untuk kesembuhan selesema, batuk, demam
  • Meredakan segala macam jenis masalah dan gejala common flu
  • Meredakan masalah sakit kepala, pening dan seumpamanya
  • Meredakan masalah selesema, kahak, dan mengecilkan mukus di rongga
  • Memberi kelegaan daripada sakit tekak, batuk, demam dan seumpamanya
  • Bertindak sebagai fast respons melawan virus berkaitan common flu
  • Melancarkan pernafasan yang tersumbat akibat selesema
  • Membuang angin dalam badan    
  • Badan akan mudah sendawa dan membuang angin

 

CARA-CARA PENGGUNAAN

Dewasa  : 

1 sudu besar sekali minum, diambil selepas makan. Diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.

 

Kanak-kanak 4 tahun ke atas : 

1 sudu kecil selepas makan diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.

 

CARA PENYIMPANAN 

Simpan di tempat kedap udara padasuhu bilik. Elakkan daripada haba panas dan cahaya matahari. Tidak perlu disimpan dalam peti ais. TIADA tempoh luput had masa. Boleh disimpan untuk jangka masa panjang dan tidak akan rosak. Rasanya tidak akan berubah bahkan menjadi lebih likat dan enak.

 

 

Post a Comment

1 Comments