Yelah, walaupun kasut tahun lepas masih elok, tapi kaki masing-masing dah berubah saiz. Kasut lama dah semakin ketat. Memang tak selesalah nak pakai sepanjang masa di sekolah.
Keselesaan paling maksimum dan rekabentuk yang menarik
Sama macam tahun-tahun lepas, tahun ni pun Moha dapatkan kasut sekolah Pallas juga untuk Amar dan Amsyar. Sebab kasut Pallas ni harganya sangat berpatutan dan memberi keselesaan maksimum bila dipakai.
Setiap kasut Pallas telah dikaji serta direka dengan mempertimbang pelbagai aspek dalam pembuatannya. Sebab itulah kasut Pallas mempunyai daya ketahanan yang kuat, rekabentuk yang cantik dan selesa dipakai sepanjang hari.
Beli secara online
Jadi macam biasa juga, untuk kasut diorang ni Moha dapatkan secara online je.
Moha suka beli online ni sebab memudahkan Moha dan anak-anak memilih rekaan dan saiz kasut yang sesuai. Garis panduan, gambar jelas rekabentuk kasut dan segala maklumat berkenaan kasut tu pun ada dinyatakan di situ.
Jika tak pasti ukuran kasut yang mana sesuai dengan kaki, tekan saja “guide” dan ikutlah panduan yang diberikan. Selepas buat bayaran, tunggu jelah penghantaran sampai depan rumah. Tak perlu nak bersesak di kedai lagi dah. Kadang-kadang kasut yang kita nak tu pun belum tentu ada stok atau saiz yang muat dengan kaki. Betul tak?
Sebab kami dah pernah terkena dulu. Bila ada kasut yang diorang ni berkenan, saiznya pula tak ada. Malah Amar juga pernah beritahu Moha, kawannya di sekolah ada bertanya padanya dimana dia beli kasut sekolah yang dipakai tu sebab kawannya tak jumpa jenis kasut yang sama di kedai yang dia pergi.
Ciri-ciri kasut Amsyar
Kasut sekolah Amsyar kali ni jenis Kasut Sekolah Pallas Jazz Tali Velcro Tunggal. Kasut ni ringan sangat tau memang selesa dipakai dan tak memenatkan kaki bila berjalan.
Suka Amsyar dapat kasut ni sebab kelas dia di tingkat 3. Bila pakai kasut yang ringan lagi lajulah kaki melangkah dan tak berasa penat. Kaki pun tak lenguh dah.
• Bahagian atas kasut "Easy Clean" khas yang mudah
menanggalkan habuk.
• Kusyen insole khas dengan "Arch Support" melegakan
ketegangan pada otot kaki.
• Kusyen tumit 9mm memaksimumkan penyerapan hentakan dan dengan cekap menyebarkan tekanan pada tumit dalam masa yang lama.
• Lapisan busa untuk perlindungan keselesaan tambahan.
Ciri-ciri kasut Amar
Untuk Amar Kasut Sekolah Pallas Jazz Lo Cut jenis bertali paling sesuai untuk kaki dia yang bersaiz besar, lebar dan tebal.
Bukan senang nak jumpa saiz kasut yang sesuai untuk Amar bila beli di kedai atau jenama kasut selain Kasut Sekolah Pallas. Kadangkala saiz dah betul tapi sempit pula di bahagian jari.
Sebab itulah kitorang setia dengan Pallas ni. Ada banyak pilihan rekaan kasut sekolah yang muat dan selesa untuk Amar pakai.
Kasut ini juga mempunyai ciri seperti :
• Kolar empuk dan alas kaki untuk kesesuaian tertinggi dan
penyerapan kejutan.
• Bahagian atas kanvas tahan lama untuk pemakaian yang tahan lama.
• Lapisan kanvas untuk kebolehnafasan yang sangat baik dan
keselesaan tambahan.
• Kusyen insole khas dengan "Sokongan Gerbang".
• Tapak luar getah untuk cengkaman yang sangat baik.
Jom Beli dan Menang!
Hadiahnya lumayan juga! RM3,000.00 tau hadiah utamanya. Hadiah lain pun tak kurang menariknya. Manalah tahu kan, ada rezeki korang terpilih sebagai pemenang? Good luck!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok di laman web dan media sosial Pallas :
0 Comments