Apa yang sedang berlaku di Palestin sudah tentu turut memberi kesan kepada kita. Implikasi kepada pertelingkahan ini amat signifikan dan akan berlarutan untuk satu tempoh yang panjang.
Pada ketika ini, jihad ekonomi boleh kita lakukan sebagai usaha membantu memperkukuhkan ekonomi mereka di sana. Jihad ini paling mudah dilakukan oleh semua orang secara percuma.
Salah satu usaha menunaikan tanggungjawab sosial sebagai umat Islam untuk membantu sesama Muslim adalah dengan menyokong dan membeli produk pertanian yang dihasilkan oleh mereka.
SYARIKAT PALESTIN TUNGGAL DI MALAYSIA
Al’Ard Far East Sdn Bhd adalah syarikat Palestin yang beroperasi di Shah Alam, Selangor dan merupakan cawangan luar negara pertama yang beroperasi di luar Palestin. Syarikat ini berdedikasi untuk memperkenal produk pertanian premium
Palestin ke pasaran antarabangsa khususnya Asia sekaligus menyokong ekonomi Palestin melalui perdagangan yang adil dan halal.
Bagi Al’Ard Palestin yang berpusat di Nablus, polisi Kerajaan Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan Palestin sejak puluhan tahun adalah bukti kukuh bahawa negara ini adalah lokasi paling sesuai untuk menjalankan operasinya.
Itulah sebabnya walaupun produk Al’Ard telah dihantar ke pelbagai pelusuk dunia seperti Arab Saudi, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Chile, Jepun, Australia, dan Indonesia, Malaysia tetap menjadi pilihan.
GENAP SEDEKAD DI MALAYSIA
Sejak sepuluh tahun lalu, Al-Ard bermula di Malaysia dengan sistem ejen. Dengan menjadi ejen, rakyat Malaysia mendapat bekalan secara terus dari Palestin seterusnya menjana pendapatan melalui perniagaan dan dalam masa sama, dana dapat disalurkan secara terus kepada rakyat Palestin melalui transaksi perniagaan yang sah.
Bersesuaian dengan kempen ‘Palestin di Setiap Rumah’ yang sedang berlangsung. Sasarannya adalah untuk menghantar 3 juta ringgit ke Palestin.
JUAL PRODUK YANG BETUL-BETUL DATANG DARI PALESTIN
Semenjak Palestin dilanda musibah, banyak pihak yang menghulurkan bantuan. Namun begitu, memetik kata-kata Duta Palestin, Walid Abu Ali yang ke Malaysia pada Disember lalu, cara terbaik membantu rakyat Palestin adalah dengan membeli produk asli keluaran mereka.
“Rakyat Palestin bukannya hanya mahu meraih simpati. Kami melakukan perniagaan sebagai usaha membangunkan ekonomi yang akhirnya dinikmati setiap lapisan rakyat.”
“Melalui perniagaan jugalah segala sokongan kewangan dapat disalur ke Palestin dengan cara yang telus, tanpa sebarang ketirisan,” tegas beliau.
JUAL PRODUK BERKUALITI TINGGI DARI PALESTIN
Al’Ard telah berjaya menghasilkan produk berkualiti tinggi walaupun negaranya dilanda musibah dan terdapat pelbagai halangan. Namun begitu, setiap produk yang dihasilkan tetap mencapai piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan.
Kini, produk-produk berkualiti tinggi Al’Ard ini telahpun berada di pasaran Malaysia.
PENTINGNYA MENYOKONG PRODUK PALESTIN
Membeli produk Palestin adalah satu cara memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan cabaran politik dan ekonomi. Terutama kepada para petani kecil yang menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan utama bagi keluarga mereka.
PERANAN PARTNER AL’ARD
Sebelum ini Alard Malaysia menjalankan kaedah penjualan secara terus kepada pengguna dan juga sistem ejen. Setelah mendapat maklum balas daripada semua pihak, Al’Ard telah menambah baik sistem penjualan dan Sistem Alard Partner diperkenalkan bagi merealisasikan misi utama iaitu menaikkan ekonomi Palestin serta ekonomi rakyat Malaysia.
Dahulunya proses penjualan dilakukan secara manual dengan melakukan pesanan stok di whatsapp atau secara berhadapan, kini penjual produk Al’Ard boleh melakukan pembelian stok di dalam sistem. Alard Partner terbahagi kepada 3 kategori iaitu Gold Partner, Silver Partner dan Bronze Partner.
Berikut adalah perbezaan antara Partner Award:
Gold Partner
- Margin keuntungan sehingga 40%
- Pemberian Pertama RM3,888.00
- Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM1,888.00
Silver Partner
- Margin keuntungan sehingga 32%
- Pembelian Pertama RM388.00
- Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM388.00
Silver Partner
- Margin keuntungan sehingga 20%
- Pembelian Pertama RM188.00
- Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM188.00
- Channel Telegram Konten
- Gambar/Poster/Video
- Flyers Product
- T-Shirt Al’Ard
- Bunting Promotion Stand
- Non-Woven Bag
- Web Listing
1 Comments
bagus2 produk alard ni berkualiti
ReplyDelete